Bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski resmi dilantik sebagai ketua jurulatih skuad senior negara yang baru manakala Nafuzi Zain dipilih sebagai pengendali skuad B-23 Tahun.

Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu pengumuman di laman media sosial badan itu baru-baru ini.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

“Peter Cklamovski dari Australia dilantik untuk menggalas tugasan ini selepas beliau dilihat sebagai seorang jurulatih muda yang berkaliber dalam memastikan skuad Harimau Malaya dapat bersaing lebih hebat di pentas antarabangsa bermula dengan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac depan.

“Cklamovski yang kini berusia 46 tahun pernah bekerja selama lebih 15 tahun di bawah pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou ketika mereka bersama-sama mengemudi skuad kebangsaan Australia menjuarai Piala Asia 2015 dan kemudian menjuarai Liga J1 2019 ketika mereka mengemudi kelab Jepun, Yokohama F. Marinos.

Peter Cklamovski
Peter Cklamovski

“Cklamovski kemudian mengembangkan kariernya sebagai ketua jurulatih apabila dilantik sebagai pengurus kelab Liga J1, Shimizu S-Pulse pada 2020.
Pada musim 2021, beliau mengambil cabaran untuk menjadi pengurus kelab Liga J2, Montedio Yamagata dan berjaya menyelamatkan kelab tersebut daripada zon penyingkiran, seterusnya bangkit layak ke perlawanan ‘playoff’ ke Liga J1.

“Selepas itu, Cklamovski dilantik pula sebagai pengurus FC Tokyo pada Jun 2023 dan berjaya memberi impak segera menerusi penerapan identiti bola sepak penuh berinspirasi yang menghasilkan kejayaan serta memberikan keterujaan kepada penyokong.

“Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain dilantik menjawat jawatan ini bagi memastikan kesinambungan dalam skuad B-23 kebangsaan yang berperanan sebagai pembekal bakat-bakat muda untuk dinaikkan ke skuad senior kebangsaan.

Nafuzi Zain
Kredit Foto: KDA FC

“Kredibiliti Nafuzi yang kini berusia 46 tahun juga ditagih dalam usaha memperkasakan semula skuad B-23 kebangsaan yang kebelakangan ini kelihatan kurang menyinar di pentas antarabangsa,” tulis FAM.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pasukan perubatan berpengalaman baharu akan dilantik bagi membantu penstrukturan semula FAM untuk memastikan perjalanan operasi organisasi berjalan dengan lebih cekap serta profesional.

Pasukan perubatan akan mula menggunakan teknologi-teknologi terkini untuk membantu memastikan pemain-pemain Harimau Malaya sentiasa mendapat perkhidmatan dan rawatan perubatan yang terbaik.

Langkah-langkah ini juga diharapkan dapat meningkatkan kualiti pengurusan serta memperkukuhkan kecergasan pemain dan membantu pemulihan pemain serta memaksimumkan potensi mereka.