Legenda Perancis, Emmanuel Petit percaya Kylian Mbappe sudah kena santau dengan dukun.

Ini kerana tiada penjelasan lain yang boleh difikirkan ketika ini tentang prestasi Mbappe yang merudum.

Mbappe gagal mendapatkan rentak terbaiknya sejak menyertai Real Madrid.

Jika sebelum ini isu posisi dijadikan alasan, ketika aksi menentang Liverpool, bermain di sayap kiri, posisi kegemarannya, dia terus gagal menyerlah.

Dia juga terlepas beberapa aksi antarabangsa pasukan Perancis kerana pelbagai isu termasuk masalah kecergasan.

Dan baru baru ini Deschamps tidak memanggil Mbappe kerana tidak yakin pemain itu berada di tahap terbaik secara mental untuk beraksi.

Kini bekas pemain yang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998, Petit percaya Mbappe sudah terkena buatan orang.

“Saya yakin Mbappe dah kena buatan orang. Saya percaya benda benda macam ni. Walaupun kebanyakan kita di barat tidak percaya dengan benda macam ini sebab bukan sebahagian budaya kita. Sebab kita terlalu rasional.

“Namun saya percaya dengan perkara seperti ini. Mbappe sudah terkena ilmu sihir.”

Petit kemudian mendengar ada juga pihak sebelum ini menuduh Pogba yang menyantau Mbappe. Ini selepas abang Pogba tahun lalu mendedahkan adiknya itu mahu menjatuhkan Mbappe dengan menggunakan dukun.

Tuduhan itu sudah dinafikan Pogba. Di mana Paul Pogba akui dia kerap bertemu bomoh, namun atas tujuan perubatan tradisional.

Petit berkata: “Saya selalu dengar orang sebut Pogba, saya tak tahulah, tetapi semua orang sebut macam tu.

“Mbappe ini betul betul malang sekarang ini. Jika ada serpihan bulan yang jatuh ke bumi. Serpihan itu pasti akan jatuh menghempap Mbappe, walaupun ada berbillion manusia lain di dunia.”

Petit benar benar berharap Mbappe akan bangkit.