Saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 menyaksikan teknologi Video Assistance Referee (VAR) bakal digunakan di semua peringkat bermula kumpulan hingga perlawanan akhir.

Perkara ini disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dimana bagi memastikan adil dan juga profesional, badan itu akan menggunakan peralatan dari negara yang tidak bertanding dalam saingan edisi kali ini.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagi perlawanan peringkat kumpulan, sebanyak 10 kamera akan digunakan untuk penggunaan teknologi itu dan bilangan kamera akan ditambah apabila saingan sudah memasuki separuh akhir dimana 12 kamera akan digunakan.

Ini merupakan saingan Piala AFF pertama yang menggunakan teknologi VAR selepas beberapa kali pengadil membuat keputusan kontroversi dalam saingan sebelum ini.

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menjadi salah satu pengendali yang sentiasa menekankan penggunaan VAR dalam saingan Piala AFF.

“Saya harap VAR diperkenalkan bagi membantu perkembangan bola sepak di rantau ini. Sudah banyak insiden yang berlaku dan ini bukan kali pertama,” katanya.

Saingan edisi kali ini akan berlangsung pada 8 Disember hingga 5 Januari 2025 dimana Malaysia diletakkan dalam kumpulan A bersama Kemboja, Singapura, Thailand dan Timor Leste.

Kumpulan B pula terdiri dari pasukan Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan juga Vietnam.

Bagi saingan kali ini, Indonesia menghantar skuad B-22 Tahun manakala Malaysia bakal menghantar skuad B mereka ekoran beberapa kelab yang beraksi di peringkat Asia sekaligus tidak dapat melepaskan pemain yang sering membarisi skuad Harimau Malaya.