Skuad kebangsaan Thailand kehilangan khidmat pemain bintang mereka, Chanathip Songkrasin bagi menghadapi temasya Piala Asia 2023 Qatar yang akan bermula tidak lama lagi.
Ketua jurulatih pasukan, Masatada Ishii mengumumkan barisan 26 pemain yang akan dibawa ke Qatar dan nama Chanathip tidak berada dalam senarai tersebut.
Baca Juga:
- Luqman Hakim Sertai Kelab Jepun Secara Pinjaman
- Kim Pan Gon: Kita Akan Tunjuk Mentaliti Juara Di Piala Asia
- Kim Pan Gon Perjelas Sebab Dion Cools Dan Endrick Belum Lapor Diri
Menurut laporan media tempatan, bekas pemain Consadole Sapporo dan Kawasaki Frontale itu masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan ketika Thailand menentang China dalam satu aksi persahabatan pada November tahun lalu.
🚨 THAILAND ANNOUNCES ASIAN CUP SQUAD 🚨
Coach Masatada Ishii’s final 26 has been confirmed #AsianCup2023 pic.twitter.com/qCJXdl16nr
— Thai League Central (@TL_Central) January 3, 2024
Setelah pemeriksaan lanjut dilakukan, Chanathip tidak sempat pulih dari kecederaan yang dialami dan beliau terpaksa digugurkan dari senarai 26 pemain akhir yang akan membawa cabaran ke Qatar.
Selain itu, Thailand bukan sahaja kehilangan khidmat pemain berusia 30 tahun itu tetapi juga seorang lagi pemain bintang iaitu Teerasil Dangda.
Sama seperti Chanathip Songkrasin, Dangda turut mengalami kecederaan dan tidak sempat pulih dari kecederaan sekaligus tidak dapat dibawa dalam skuad kali ini.
Sebagai persediaan ke Piala Asia, Thailand baru-baru ini turun menentang salah satu pasukan pilihan iaitu Jepun dalam satu perlawanan persahabatan.
Jepun menunjukkan mereka berada di tahap yang berbeza berbanding pasukan lawan dimana mereka berjaya mencipta kemenangan besar dengan keputusan 5-0.
Thailand diletakkan dalam kumpulan F bersama Arab Saudi, Kyrgyzstan dan Oman dimana mereka akan membuka tirai peringkat kumpulan dengan menentang Kyrgyzstan pada 16 Januari.
Perlawanan kedua menyaksikan mereka akan turun menentang Oman pada 21 Januari dan mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Arab Saudi empat hari kemudian.
Ketika temasya edisi 2019, Thailand berjaya mara ke peringkat 16 pasukan terbaik namun mereka terpaksa akur dengan tewas kepada China dengan keputusan 2-1.