Piala Asia B-23 2024 – Kuwait vs Malaysia [23 April 2024, 11:30 PM, Stadium Antarabangsa Khalifa]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Asia B-23 2024 yang melibatkan skuad muda negara menerusi saluran yang disediakan di bawah.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Siaran akan bermula pada pukul 9 malam waktu Malaysia.
Link Siaran langsung:
- Astro Arena
- YouTube The AFC Hub (Akses VPN)
Jika pilih saluran Astro Arena, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga menyiarkan semua perlawanan Piala Asia B-23 menerusi laman YouTube. Bagaimanapun, ia hanya boleh diakses melalui VPN.
Perjuangan skuad negara di Piala Asia B-23 sudah terhenti di peringkat kumpulan namun tidak bermakna perlawanan terakhir menentang Kuwait hanya dianggap sebagai pelengkap jadual semata-mata sebelum pulang ke tanah air.
Aksi Malaysia menentang Kuwait boleh dianggap sebagai pelengkap jadual selepas kedua-dua pasukan sah tersingkir selepas tewas dua aksi awal peringkat kumpulan.
Malah, keputusan terbabit juga memadam impian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahu melihat skuad B-23 negara mampu melangkah ke separuh akhir dalam usaha merebut slot Olimpik Paris 2024.
Mengikut rekod, tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi ‘play-off’ menentang wakil Afrika, Guinea.
Pencapaian terbaik skuad Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan.