Thailand bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mara ke separuh akhir Piala Asia Futsal 2024 selepas berjaya menunjukkan Iraq 3-2 pada aksi suku akhir yang berlangsung semalam.
Kejayaan manis dilakarkan anak buah Miguel Rodrigo itu sekali gus turut berjaya membawa Thailand ke Piala Dunia futsal 2024 yang bakal berlangsung di Uzbekistan pada September dan Oktober nanti.
Tuan rumah bagaimanapun tersentak seawal minit kedua perlawanan berikutan rembatan Salim Al-Husaynat gagal diselamatkan penjaga gol, Arut Senbat.
Aksi selepas itu semakin menarik apabila Thailand bekerja keras mahu mendapatkan jaringan penyamaan dengan melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang Iraq yang dikawal oleh Zaher Mahdi.
Arut juga dilihat bekerja keras dalam menafikan percubaan-percubaan hebat yang dijelmakan oleh barisan pemain Iraq.
Penjaga gol Thailand itu kemudiannya melakukan kesilapan mudah yang memberikan ruang kepada Sulaiman Ziyaad untuk menambah jaringan kedua pada minit ke-15.
Usaha tidak mengenal erti lelah para pemain Thailand akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-18 selepas Alongkorn Janphon menyempurnakan peluang terhidang setelah menerima hantaran Jirawat Sornwichian.
Thailand kemudiannya tersentak pada babak kedua selepas pemain bintang, Mohamad Osmanmusa diperintahkan keluar padang ekoran kad kuning kedua diterimanya.
Insiden tersebut bagaimanapun tidak langsung tidak merentap semangat juang pemain Thailand untuk bangkit dimana mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-31 menerusi Alongkorn.
Percaturan pengendali pasukan Iraq, Cacau menggunakan taktikal ‘Power Play’ untuk mendapatkan jaringan kemenangan memakan diri.
Hal ini kerana kesilapan yang dilakukan anak buahnya telah memberikan ruang buat Therdsak Charoempong untuk menjaringkan gol ketiga buat pasukan Thailand yang merupakan jaringan kemenangan bagi membawa Thailand ke separuh akhir