Kempen Piala Dunia Futsal 2024 bakal membuka tirainya pada jam 6.00 petang ini waktu tanah air yang menyaksikan pertembungan wakil Asia, Thailand berdepan Croatia.

Dibimbing oleh Miguel Rodrigo, Thailand dilabel sebagai pasukan pilihan pada aksi yang bakal berlangsung Bukhara Universal Sports Complex, Uzbekistan itu berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Thailand berada di ranking kesembilan dunia manakala Croatia yang bakal membuat penampilan kedua dalam saingan Piala Dunia Futsal menghuni tangga ke-16.

Tambahan pula Thailand mendapat tonik berguna menjelang aksi tersebut apabila masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejuaraan Futsal Antara Benua 2024 di Bangkok, minggu lalu.

Bagi peminat sukan futsal tanah air, anda turut berpeluang untuk menyaksikan perlawanan berkelas dunia itu dengan melayari laman sesawang rasmi FIFA+.

Siaran langsung semua perlawanan boleh ditonton secara percuma di laman sesawang tersebut tetapi anda perlu mendaftar akaun FIFA+ terlebih dahulu sebelum dapat menikmati aksi-aksi menarik di Uzbekistan itu.

Berikut merupakan pautan untuk menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia Futsal 2024 antara Thailand dan Croatia: Thailand lawan Croatia – 6.00 petangĀ .

Selain laman sesawang, aplikasi FIFA+ b

Sebagai rekod, Thailand tidak pernah ketinggalan beraksi di pentas tertinggi ini sejak membuat penampilan sulung pada 2000 di Guatemala.

Selain daripada Thailand dan Croatia, kumpulan B turut menampilkan juara terbanyak saingan, Brazil dan wakil Amerika Utara iaitu Cuba dimana kedua-dua pasukan akan beraksi pada 8.30 malam ini.