Tugas sukar sedang menanti Kedah Darul Aman (KDA FC) apabila terpaksa berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa khidmat tonggak penyerang, Syafiq Ahmad pada aksi separuh akhir Piala FA malam ini.
Difahamkan Syafiq tidak boleh diturunkan kerana masih berstatus pemain pinjaman JDT namun pengendali pasukan, Nafuzi Zain sudah ada calon rahsia bagi menggantikan pemain itu.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Menurut kenyataan Nafuzi dalam Berita Harian, beliau memiliki beberapa pemain lain yang mampu beraksi di posisi Syafiq bagi mempertajamkan jentera serangan.
“Ada beberapa pilihan, dan kita akan pastikan pemain itu sesuai untuk kita gunakan dan ia bergantung dengan bagaimana cara kita mahu bermain menentang JDT nanti.
“Jadi saya sedang menilai siapakah yang paling sesuai dan mampu memberi impak terbaik di posisi itu,” katanya.
JIWA SYAFIQ AHMAD TERSEMAT DI SETIAP SANUBARI SEMUA PENYOKONG SANG KENARI
Menghormati perjanjian pinjaman pemain penyerang prolifik dari JDT ini, antaranya terma untuk tidak beraksi menentang kelabnya sendiri. Namun, jiwa beliau tetap akan bersama kita! pic.twitter.com/McwFiuvmiq
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 18, 2024
Skuad Sang Kenari kini berada dalam momentum terbaik selepas menewaskan Kelantan United 3-0 ketika saingan Liga Super di Stadium Darulaman minggu lepas.
Nafuzi yakin dengan kemampuan anak buahnya kerana mereka sudah memiliki pengalaman berdepan pasukan berkualiti seperti JDT.
“Semua pemain Kedah berpengalaman, dan saya yakin mereka tidak gentar akan tekanan memandangkan mereka sudah biasa berhadapan JDT sejak beberapa musim yang lalu.
“Cuma kita akan bersedia secukupnya kerana JDT sentiasa akan terus bertambah baik berbanding musim sebelum ini.
“Apapun kita mahukan aksi terbaik nanti dan cuba dapatkan keputusan yang positif bagi mengharungi satu lagi aksi di tempat lawan pada 4 Ogos depan,” katanya.