Selangor FC (SFC) berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhir apabila menewaskan Kuching City (KUFC) menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 4-4 secara aggregat.
Bagaimanapun, kemenangan mereka tidak hadir dengan mudah apabila terpaksa beraksi dengan 9 orang pemain sehingga diheretkan ke masa tambahan.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Selangor kini bermain dengan 9 orang selepas Reziq Bani Hani pula dilayangkan kad merah!#PialaFA2024 #SELKUC #DemiLigaKita pic.twitter.com/YSzrwz451o
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 6, 2024
Dalam perlawanan ini, Kuching yang membawa bekalan dua gol terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Syahmi Iszuan pada minit ke 15.
Namun, ia tidak mematahkan semangat Selangor untuk bangkit mengandakan asakan ke kubu lawan. Hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol menerusi Zikri Khalili dan Alvin Fortes sebelum tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, perlawanan menjadi lebih rancak dengan kedua-dua pasukan saling menyerang. Kerancakan perlawanan ini sedikit terjejas apabila ia terpaksa dihentikan seketika akibat masalah lampu limpah.
Selain itu, berlaku pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan sehingga membawa kepada layangan kad merah kepada tonggak import Selangor, Yohandry Orozco.
Gol ketiga Selangor hadir pada minit ke 90+4 melalui rembatan Alvin Fortes yang memperdayakan benteng pertahanan Kuching.
Namun begitu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak kembali menghukum kelekaan benteng tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua sekaligus memastikan perlawanan berakhir dengan kedudukan 2-3.
Keindahan bola sepak Malaysia!
Selangor dan Kuching City ke masa tambahan selepas kedua pasukan saling membalas jaringan dan kini seri pada agregat!#DemiLigaKita #SELKUC #PialaFA2024 pic.twitter.com/YODnttzOk8
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 6, 2024
Terikat 4-4 secara aggregat memaksa perlawanan diheretkan kepada masa tambahan dan Kuching juga gagal manfaatkan peluang itu untuk menambah gol.
Tuah memihak kepada Selangor apabila memenangi penentuan sepakan penalti sekaligus menempah tiket ke separuh akhir Piala FA bertemu Terengganu.