Terengganu FC (TFC) mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan hari ini apabila berpesta gol belasah Sabah 4-0 pada aksi suku akhir pertama Piala FA 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ketiadaan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner yang dikuarantin selepas dijangkiti COVID-19 bukan penghalang untuk skuad penyu mengamuk menjaringkan 4 gol pada separuh masa pertama
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Malah, lapan pemain daripada skuad ini juga baru pulih daripada jangkitan COVID-19 dan berjaya menghalang Sabah menjaringkan sebarang gol.
Gol pertama Terengganu hadir seawal minit ke 8 selepas Manny Ott menyudahkan umpanan Safawi Rasid yang memperdayakan benteng pertahanan Sabah.
Umpanan Safawi Rashid menghadiahkan jaringan mudah Manny Ott buat gol pertama Terengganu.
Saksi siaran langsung di Astro Arena 803!#PialaFA24-25 #DemiLigaKita #tersab pic.twitter.com/ySpe6i0JOa
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 28, 2024
Pada minit ke-37, giliran Ismaheel Akinade pula mencatat nama sebagai penjaring selepas merembat masuk gol kedua dalam situasi kelam kabut di kawasan kotak penalti.
Benteng pertahanan Sabah terus lalai dan memberi peluang kepada Terengganu merobek gawang buat kali ketiga menerusi rembatan pemain tengah Croatia, Marin Pilj pada minit ke-42.
Kealpaan, kelalaian & kelengahan Sabah FC jelas malam ini. Terengganu mendahului 4-0 di halaman sendiri berdepan anak buah OKS.#PialaFA24-25 #DemiLigaKita #TERSAB pic.twitter.com/e2Akh6eqYp
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 28, 2024
Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Akinade memastikan gawang skuad Badak yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat bocor lagi dan kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, tiada tambahan gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan dan Sabah masih tiada idea untuk menembusi benteng pertahanan Terengganu.
Tamat 90 minit perlawanan, Terengganu membawa bekalan selesa 4 gol ke Kota Kinabalu untuk aksi suku akhir kedua di Stadium Likas yang dijadualkan berlangsung pada 6 Julai 2024.