Sewaktu berlakunya pandemik, lebih ramai orang melanggan servis hiburan seperti Netflix dan PS Plus untuk mengisi masa lapang di rumah. Kini semua orang sudah boleh kembali hidup seperti biasa dan melakukan aktiviti yang diminati tanpa sebarang halangan.
Walaupun Sony membawakan perubahan menarik untuk PlayStation Plus dan boleh dikatakan berjaya. Syarikat PlayStation kini melaporkan terdapat penurunan yang ketara untuk pelanggan PS Plus di mana memberi impak besar kepada pendapatan mereka.
Baca Juga:
- Gopoh Mahu Jadi Terawal, Pembeli Tertipu Dengan Iklan Jual ‘PS5’ Ini
- Baru Sahaja Dibuka Tempahan, ‘Reseller’ Sudah Mula Jual PS5 Dengan Harga Sehingga RM150,489
Pelanggan PlayStation Plus kini sudah berkurangan dari 47.3 juta pelanggan berubah menjadi 45.4 juta pelanggan sahaja. Ketua Pengawai Kewangan, Hiroki Totoki mendakwa kehilangan pelanggan yang besar ini berpunca daripada lebih ramai orang ramai keluar dari rumah.
Hal ini memjadikan sebahagian pengguna PS Plus mula membatalkan langganan kerana sudah tidak memerlukan servis permainan ini lagi dan kembali ke rutin kehidupan yang biasa. Ekoran itu, hasil jualan PS4 dan perisian pihak ketiga masih perlahan dan penjualan judul-judul katalog juga merosot.
Totoki bagaimanapun menyatakan pengguna konsol PlayStation 5 masih tinggi dan akan menjadi titik penting untuk ke hadapan. Perkara ini terbukti kerana sehingga ke hari ini orang ramai masih berlumba-lumba mahu mendapatkan konsol tersebut meskipun stok yang terhad di dalam pasaran.