Prestasi cemerlang ditampilkan anak buahnya pada lewat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 masih belum cukup untuk mengekalkan Mauricio Pochettino bersama Chelsea.
Menurut satu kenyataan rasmi di laman sesawang rasmi kelab tersebut, Pochettino dikatakan telah mencapai persetujuan bersama untuk meninggalkan The Blues selepas hanya semusim membimbing pasukan.

Baca Juga:
- Gol Minit Akhir Chelsea Kecewakan Manchester United
- Ini Pendekatan Unai Emery Dalam Pacu Aston Villa Ke UCL
- Kenali Como 1907, Kelab Yang Dimiliki Duo Terkaya Indonesia
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mauricio atas perkhidmatannya pada musim ini. Dia amat dialu-alukan untuk kembali ke Stamford Bridge pada bila-bila masa dan kami mendoakan yang terbaik dalam karier kejurulatihannya pada masa hadapan.’
Susulan pemergian Pochettino, beberapa pengurus telah dikaitkan dengan Chelsea seperti Massimiliano Allegri yang baharu sahaja dipecat Juventus serta bekas pengendali Brighton, Roberto De Zerbi.
Selain dua nama tersebut, Gareth Southgate turut dikaitkan dengan Chelsea bersama-sama dua bekas pengendali kelab tersebut iaitu Thomas Tuchel dan Jose Mourinho.
Bermula dengan aksi terumbang-ambing, Chelsea akhirnya menamatkan kempen EPL di kedudukan keenam dengan mengumpul 63 mata hasil 18 kemenangan, sembilan keputusan seri dan 11 kekalahan.
Kedudukan yang bakal membawa Chelsea ke saingan Eropah tetapi perlu menunggu keputusan perlawanan akhir Piala FA antara Manchester City dan Manchester United.
Sekiranya Manchester United menang, Chelsea akan beraksi dalam saingan Europa Conference League dan andai sebaliknya berlaku, kelab London itu bakal menghadapi kempen Liga Europa.
Menarik untuk disaksikan siapakah yang bakal menjadi pilihan Todd Boehly dan Ahli Lembaga Pengarah kelab dalam usaha menjadikan kembali Chelsea sebagai pencabar kejuaraan pada musim hadapan.