Polis Jerman dilaporkan telah menangkap dan mengasari seorang penyokong Celtic yang membawa bendera Palestin.

Sebelum aksi antara Borussia Dortmund dan Celtic pada malam UCL di Signal Iduna Park, Polis Jerman sudah memberikan amaran kepada Green Brigade / Ultras Celtic agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar peraturan.

Dalam kenyataannya, Polis Jerman berkata: “Kami sedar bahawa menyokong pasukan adalah bahagian penting dalam perlawanan.

“Namun begitu, kami ingin memaklumkan bahawa membawa dan membakar suar, bom asap, bunga api, atau mana-mana piroteknik lain yang tidak diluluskan adalah dilarang di dalam stadium dan juga di kawasan awam.

“Sebarang pelanggaran akan membawa kepada akibat undang-undang dan akan dihukum. Polis Dortmund tidak akan membenarkan sebarang bentuk salah laku dan mungkin akan mengecualikan penyokong tersebut daripada perlawanan.”

Dalam aksi antara Borussia Dortmund dan Celtic awal pagi tadi waktu Malaysia, ultras Celtic melaungkan solidariti dan parti pyro sebagai tanda menyokong pembebasan Palestin daripada cengkaman kekejaman.

Polis Jerman Kasari Penyokong Celtic: "Bendera Ini Tidak Dibenarkan Di Sini"

Mereka melakukannya ketika perlawanan Liga Juara Juara Eropah. UEFA pernah mendenda Ultras Celtic atas perkara yang sama sebelum ini. Namun penyokong yang dikenali sebagai Green Brigade itu tidak pernah akur dengan arahan UEFA ataupun kelab mereka.

Dan satu video tular menunjukkan polis Jerman menahan dan mengasari salah seorang penyokong Celtic yang membawa bendra Palestin.

Polis tersebut dilaporkan memberitahu penyokong Celtic tersebut bahawa bendera Palestin tidak dibenarkan di Jerman. Peminat mulai keliru dengan maksud polis itu.

“‘Bendera ini tidak  dibenarkan di Jerman’, saya keliru, adakah kerana apa yang tertulis pada bendera itu [tak jelas apa tertulis di situ].

“Setahu saya, setakat ini tiada larangan untuk mengibarkan bendera Palestin di Jerman. Atau saya yang silap,” tegas seorang peminat bola sepak.