Prajualan tiket Bruni Mars Live in Kuala Lumpur disahkan licin oleh syarikat yang mengendalikan penjualan tiket tersebut.

Sebelum ini, pengumuman kehadiran Bruno Mars sempena konsert jelajah dunianya, telah menerima banyak kecaman dan kritikan.

Malaysia adalah salah sebuah negara yang lantang mengecam tindakan keganasan Isr*el ke atas Palestin.

Instagram Bruno Mars diserang oleh rakyat Malaysia yang melancarkan kempen boikot ke atas artis itu yang terang terangan menyatakan kecintaannya kepada Tel Aviv beberapa bulan lalu.

Netizen bengang dengan tindakan Bruno Mars yang dianggap terang terangan menyokong z i o n i s.

Di mana ketika itu Bruno Mars menyatakan sokongannya kepada negara haram tersebut ketika dunia mengutuk mereka kerana pembantaian yang mereka buat ke atas Palestin.

Bruno Mars meneruskan konsertnya di Tel Aviv, tidak mengendahkan saranan BDS agar dia tidak meneruskan konsert itu.

Ketika di sana dia terang terangan menyatakan dia menyokong kewujudan negara haram tersebut, sambil menyatakan: ‘Tel Aviv, I think I want to marry you’.

Penganjur konsert, Live Nation mengumumkan bahawa prajualan tiket artis pemenang Grammy itu sudah ditutup kerana dah licin.

Live Nation menulis di akaun rasmi media sosial mereka: โ€œTerima kasih! Atas permintaan yang menakjubkan, tiket prajualan Live Nation telah habis dijual.”

Akan lebih banyak jualan tiket dibuat apabila penjualan tiket itu dibuka kepada umum pada hari ini.

Di mana sudah ramai peminat yang berkongsi tentang kejayaan mereka mendapatkan tiket konsert Bruno Mars.

Harga tiket menyaksikan konsert ini di Malaysia bermula pada kadar RM298 sehingga mencecah RM1,888.

Konsert ini akan berlangsung pada 17 September depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.