Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhom), Zafar Ahmad Abdul Ghani terkesan dengan layanan masyarakat dunia kepada etnik Rohingya.
Ini kerana semakin ramai yang tidak menerima kehadiran pelarian Rohingya yang dilindungi UNHCR di negara mereka. Perkara itu turut berlaku di Indonesia dan juga di Malaysia.
Baca Juga:
- Pelarian Rohingya Di Aceh Merungut Nasi Tak Cukup, Netizen Indonesia Naik Angin
- ‘Mereka Pengotor Dan Susah Diatur’ – Aceh Jelaskan Sebab Tak Mahu Terima Pelarian Rohingya
- Peguam Anggap Etnik Rohingya Beban, Tak Terkejut Jika Mereka ‘Demand’ Hak Rakyat Malaysia
Di mana semakin ramai rakyat meminta kerajaan agar tidak lagi menerima masuk pelarian Rohingnya kerana ianya memberikan kesan kepada masyarakat tempatan.
Di Indonesia ada rakyat mereka menyatakan: “Bukan tidak kasihan, tetapi kerajaan harus fikir dan dengar dulu masalah rakyat dalam isu ini.”
Zafar Ahmad Abdul Ghani menegaskan bahawa rakyat Malaysia dan negara lain tak perlu risau. Kerana mereka datang ke Malaysia bukannya untuk merampas negara Malaysia atau mencuri pekerjaan daripada rakyat Malaysia.
Sebaliknya mereka datang ke Malaysia sebagai pelarian yang melarikan diri dari negara asal mereka Myanmar sebagai langkah melindungi diri mereka daripada dibantai.
Dipetik daripada Sinar Harian, Zafar berkata: “Kami datang ke sini bukan untuk mencuri pekerjaan penduduk tempatan atau mengambil alih negara ini.”
“Kami datang ke sini, hanya mencari perlindungan buat sementara waktu sehingga Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menemui jalan penyelesaian yang tuntas buat kami.”
Beliau bercakap sedemikian sebagai salah satu kenyataan sempena Hari Hak Asasi Manusia beberapa hari lalu. Sambil mendesak dunia menghentikan aktiviti xenophobia serta kempen kebencian terhadap pelarian.
Dia menyatakan bahawa komuniti pelarian adalah komuniti yang terancam. Dan sedang berdepan bahana xenophobia dan kebencian berterusan dari seluruh dunia.
Zafar menegaskan adalah sangat penting untuk masyarakat dunia mengetahui kewujudkan etnik Rohingnya.
Dia menambah: “Adalah penting untuk dunia mengetahui tentang kewujudan mereka bagi memastikan keselamatan dan maruah semua manusia sejagat perlu dijamin dan dipelihara.”
Bukan itu sahaja, Zafar turut menggesa negara negara anggota PBB, dan masyarakat dunia agar bekerjasama bagi memastikan kesejahteraan manusia sejagat.
Sambil percaya bahawa peperangan bukan penyelesaian kepada keamanan. Sebaliknya harus menerusi tindakan perundangan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
@sinarharianonline ‘Kami ke sini bukan curi pekerjaan atau ambil alih negara’ fyp SinarHarian SinarTerkini Rohingya Myanmar
♬ My Heart Will Go On (Titanic) – Maliheh Saeedi & Faraz Taali