Mantan Ketua Program Angkasa Israel, Haim Eshed, mengeluarkan kenyataan terbaharu mengenai kewujudan makhluk asing. Dia menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan makhluk asing telah membuat perjanjian supaya identiti mereka dirahsiakan.
Bercakap di dalam satu wawancara dengan media terbesar di Israel, 7 Days, Eshed mendakwa makhluk asing telah meminta agar kewujudan mereka tidak dihebohkan kepada dunia kerana manusia masih belum bersedia untuk menerima kewujudan mereka.
“UFO telah meminta agar tidak menghebohkan bahawa mereka ada di sini, kemanusiaan masih belum bersedia,” katanya seperti dikutip oleh Jewish Press.
Dia juga menambah bahawa Presiden AS Donald Trump hampir mendedahkan mengenai makhluk asing kepada manusia. Menurut Eshed, ‘Galactic Federation’ mengeluarkan arahan agar ‘tunggu sehingga manusia bertenang’.
“Mereka tidak mahu memulakan ketakutan secara besar-besaran. Mereka mahu kita berada dalam keadaan waras dan memahami,” katanya lagi.
Memetik 7 News, Dia yang memegang ijazah dalam bidang kejuruteraan elektronik dan doktor dalam kejuruteraan aeronautik turut menyatakan bahawa makhluk asing mahu menunggu manusia untuk berkembang sehingga mereka memahami ruang angkasa.
Keberadaan makhluk asing, kata Eshad, juga telah diketahui oleh kerajaan AS. Eshed mengatakan ada perjanjian dalam bentuk kontrak yang telah ditandatangani oleh kerajaan AS dan pihak makhluk asing.
“Mereka menandatangani kontrak dengan kami untuk melakukan eksperimen di sini. Mereka juga meneliti dan berusaha memahami semua tumbuhan di alam semesta dan mereka ingin kami menjadi pembantu,” kata Eshad.
Di samping itu, Eshed mendedahkan bahawa ada pangkalan bawah tanah jauh di Marikh. Di situlah letaknya wakil-wakil makhluk asing dan juga wakil angkasawan AS.
Eshad mengatakan jika dia mengungkapkan perkara ini lima tahun yang lalu, dia akan dibawa ke hospital. Dia juga mengatakan bahawa dia pernah dianggap gila oleh beberapa ahli akademik ketika dia membicarakan mengenai kewujudan makhluk asing.
“Saya tidak rugi. Saya telah menerima ijazah dan anugerah, saya diberi penghormatan di universiti di luar negara, di mana trend juga berubah,” katanya.
Kewujudan makhluk asing di bumi, istilah ‘Galactic Federation’ dan perjanjian AS dengan makhluk asing akan mencetuskan pelbagai pendapat. Ada orang yang mempersoalkan tahap kewarasan Eshad, sebahagian pula meminta bukti manakala yang lain pula tertanya-tanya mengapa Trump memilih untuk berahsia mengenai kewujudan makhluk asing.
Menurut New York Post, Barack Obama pernah menolak untuk memberi komen mengenai makhluk asing di bumi ketika ditemuramah di Late Show oleh Stephen Colbert. Obama tidak mengesahkan atau menafikan perkara ini.
Terdahulu, sebuah tugu ‘alien’ muncul secara misteri di tengah gurun. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Tahun Hadapan, Kerajaan Indonesia Mahu Fokus Cari Makhluk Asing Dan Planet Mirip Bumi
Tentera Jepun Siap Sedia ‘Perang’ Dengan Makhluk Asing, Keluarkan Panduan Hadapi UFO