Kereta elektrik kini memainkan peranan penting dalam usaha menjaga alam sekitar. Susulan itu, Proton kini berkongsi dengan mengatakan akan mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik mereka berkemungkinan seawal tahun 2025.
Perkongsian terbaru oleh Timbalan CEO Proton ini sekaligus memperlihatkan ia dipercepatkan 2 tahun berbanding sasaran sebelum ini pada awalnya pada 2027.
Baca Juga:
- 15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SUV Baharu Proton X90
- Model Proton Suprima S Ini Dahului Undian ‘Hot Wheels Legends Tour 2022’
“Insya-Allah, jika ada makluman yang terbaru, kita akan maklumkan kepada media,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen Proton Rahmah 2023 di sini pada Rabu
Proton kini dalam proses untuk mengenal-pasti model yang bersesuaian, yang lebih mampu milik dan praktikal. Perkara ini sedang dilakukan bersama Geely dalam usaha mempercepatkan lagi projek ini.
Bermula tahun ini, pihak Proton turut akan memasarkan kereta elektrik Smart #1 yang dikeluarkan oleh pihak lain, iaitu Smart untuk pasaran Malaysia.