Kumpulan ilmuwan yang diwakili oleh 70 orang profesor Melayu telah menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang. Profesor Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud, jurucakap kepada kumpulan yang dikenali sebagai G70 berkata Anwar adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk.
“Anwar adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk berteraskan Islam sebagai agama Persekutuan, selain memulihkan reputasi negara di mata dunia.
Baca Juga:
- PRU15: Tinjauan Mendapati Muhyiddin Pemimpin Paling Dipercayai, Diikuti Rapat Oleh Anwar Ibrahim
- Maya Karin Cabar Anwar Ibrahim Jawab Isu Kontroversi Dalam ‘Hot Ones’
- Mahkamah Perlu Berikan Najib Masa, Harap Ini Bukan ‘Hukuman Politik’, Kata Yusuf Azmi
Pakatan Harapan (PH) adalah pilihan terbaik untuk membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi masa kini kepada kesejahteraan rakyat pada masa hadapan, dan dalam masa yang sama menjamin keutuhan agama Islam serta kepentingan Melayu dan peribumi” katanya pada deklarasi Profesor Melayu G70 seperti yang dilaporkan oleh MABA Chanel.
Semua dah baca Deklarasi 70 Profesor Melayu?
Semua 70 Profesor Melayu menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan.
Antaranya Prof. Osman Bakar (ISTAC), Prof. Ahmat Adam, Prof. Razali Nawawi (Dekan pertama AIKOL) dan Prof. Ida (AIKOL). pic.twitter.com/xx2IcdcmQ1
— ʀɪᴏᴛ (@aliffnaif_) November 16, 2022
G70 juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya memilih calon daripada pakatan politik yang memiliki iltizam untuk membina sebuah kerajaan yang berteraskan prinsip yang baik, benci terhadap salah guna kuasa, bertekad memulihkan ekonomi dan membina semula penghormatan dunia terhadap negara.
Tambah kumpulan profesor melayu lagi, rakyat Malaysia juga diminta untuk menolak calon yang menggunakan fitnah bagi meraih sokongan pengundi dan mengeksploitasi sentimen agama serta kaum. Rakyat juga perlu menolak calon daripada pakatan politik yang didapati mengkhianati amanah demokrasi dan menyalahgunakan kedudukan politik sebagai medan memenuhi kepentingan diri dan kumpulan.
Profesor Melayu atau G70 adalah sebuah kumpulan yang membariskan para ilmuwan dan golongan profesional dari pelbagai bidang. Sejumlah besarnya sudah bersara dan hanya berada di belakang tabir bagi membantu menangani kemelut politik membabitkan umat Islam negara ini.
“Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah peluang terbaik untuk rakyat mengangkat ketua kerajaan yang berwibawa dan dihormati di peringkat nasional dan antarabangsa. Negara sedang berdepan pelbagai isu rumit dan kepincangan masyarakat luar biasa yang belum pernah dihadapi sebelum ini dan boleh memporak-perandakan negara,” katanya.