Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah meminta untuk bertanding di kerusi Sungai Buloh pada pilihan raya umum kali ini. Zahid turut menambah bahawa tiada siapa yang memaksa Khairy untuk bertanding di kerusi parlimen yang disandang PKR sejak 2008.
“Dia yang minta. Dia minta kerusi itu diberikan kepada beliau. Sebab itu saya menyokongnya di Sungai Buloh,” kata presiden Umno itu.
Baca Juga:
- PRU15: Bersaksikan Orang Sungai Buloh, Khairy Nyatakan Hasrat Mahu Jadi Perdana Menteri, Presiden UMNO
- Khairy Jamaluddin Beri Amaran Hidup Akan Jadi Lebih Sukar Buat Anti Vaksin
Ditanya mengenai bekas Ahli Parlimen Rembau itu yang menyuarakan hasratnya untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti, Zahid berkata ini bergantung kepada keputusan pilihan raya umum akan datang.
BN chairman Ahmad Zahid Hamidi when met last night at BN command center in Titiwangsa said Khairy should not complain as he has asked for Sg Buloh seat to be given to him. As to whether he will endorse him as future PM, he said that would depend on the next general election. https://t.co/AKaDYpAsVC pic.twitter.com/0ChqrtBmLD
— Melissa Goh (@MelGohCNA) November 9, 2022
Khairy pernah menjadi Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal tetapi memberi laluan kepada timbalan presiden UMNO Mohamad Hasan pada pilihan raya umum kali ini.
Beliau menyifatkan perpindahan ke Sungai Buloh sebagai perjuangan paling sukar dalam karier politiknya.
Khairy akan menentang R Ramanan dari Pakatan Harapan, Ghazali Hamin dari Perikatan Nasional, Akmal Yusoff dari Pejuang, Ahmad Jufliz Faiza dari Parti Rakyat Malaysia dan dua calon bebas untuk kerusi itu.
Sebelum ini, Mohamad pernah berkata BN menganggap Sungai Buloh sebagai kerusi selamat tetapi Khairy berkata ia bukan kawasan yang mudah untuk dimenangi BN, sambil menambah, “ini bukan kempen yang mudah”.