Polis telah menahan 3 orang lelaki yang merupakan suspek yang memukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Chukai, Kemaman, Terengganu.
Dalam kejadian tersebut, lelaki OKU tersebut dipukul di tapak jualan pasar tani kerana terlanggar tapak niaga dan menyebabkan barang jualan termasuk makanan bertebaran di atas jalan raya.

Sekumpulan individu kemudian melepaskan kemarahan mereka ke atas lelaki tersebut dengan bertindak ganas.
Video kejadian tersebut viral dan netizen terkejut dengan kejadian itu.
Lelaki OKU itu telah dibelasah dan diseret oleh beberapa lelaki lain. Dia malah disepak, dipijak dan ditendang di bahagian kepala.
Mangsa meronta ronta meminta bantuan dalam keadaan hujan yang turun. Namun tiada siapa yang membantunya.
Dia malah didatangi oleh beberapa lagi individu lain yang melepaskan kemarahan mereka dengan cara yang sangat ganas.
Lelaki OKU Diterajang Beramai Ramai Dan Diherethttps://t.co/qJi4yD6zfb
— VOCKET (@thevocket) January 18, 2025
Kemudian tular lagi di media sosial menunjukkan kad pengenalan OKU milik mangsa.
Kad OKU tersebut mengesahkan bahawa mangsa adalah OKU Mental dan tinggal di Kemaman.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.
Astro Awani kemudian melaporkan bahawa 3 suspek sudah pun ditahan oleh Polis.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, suspek ditahan untuk siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis daerah Kemaman kira jam 8 malam.
Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Wan Muhammad menambah: “Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.