Media Qatar membuat satu sindiran terhadap Jerman selepas ada kejadian pergaduhan yang melibatkan peminat pasukan bertanding dalam temasya UEFA Euro 2024 dan juga stadium yang bocor ketika perlawanan sedang berlangsung.

Sindiran ini muncul selepas ada sesetengah pihak yang membandingkan dua negara ini ketika menjadi tuan rumah bagi kejohanan besar yang mana mereka menganggap Jerman jauh lebih baik berbanding Qatar dalam perihal menjadi tuan rumah.

Baca Juga:

Ini kerana peminat bebas melakukan apa sahaja seperti meminum arak dan berparti di Jerman ketika menyaksikan temasya Euro dan perkara sebaliknya pula ketika menyaksikan Piala Dunia di Qatar sebelum ini.

Qatar telah meletakkan beberapa garis panduan kepada peminat yang hadir ke negara mereka ketika temasya Piala Dunia seperti tiada jualan minuman keras di dalam stadium, peminat tidak dibenarkan untuk membawa atau memakai perkara yang berkaitan dengan perkara songsang seperti LBGTQ, pakaian yang melambangkan perang dan juga pakaian yang terlalu menjolok mata.

Perbandingan ini nyata membuatkan beberapa pihak di Qatar kurang senang dan mereka serta-merta ‘menyerang’ segala perkara negatif yang berlaku ketika temasya Euro sedang berlangsung.

Peminat Serbia dan England bergaduh di luar stadium sebelum aksi pembukaan kumpulan C antara kedua-dua pasukan dan baru-baru ini, peminat Turki dan Georgia turut bergaduh di dalam stadium.

Sebelumnya, bumbung stadium yang digunakan bagi perlawanan antara Turki menentang Georgia iaitu Signal Iduna Park bocor sekaligus menjadi bahan jenakan bagi Qatar.

Ketika temasya di Qatar, perkara sebegitu tidak berlaku dan ini semua berterima kasih kepada garis paduan yang telah ditetapkan dan juga kualiti venue yang digunakan ketika temasya turut berada dalam keadaan baik.