Ketua pasukan Portugal dan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo melancarkan saluran YouTube beliau dan meraih jutaan pengikut hanya dalam beberapa jam selepas pelancaran.
Lebih mengujakan, beliau juga berjaya mendapatkan plag Gold pada hari yang sama pelancarannya dan pada tiga hari berikutnya memperlihatkan lebih 40 juta subscribers menerusi saluran YouTube dengan nama UR Cristiano yang baru dibuka.
Saluran ini akan menjadi sumber pendapatan terbaharunya, yang mana berpotensi melonjakkan lagi tahap kekayaan pemain bola sepak tersohor itu ke tahap yang next level.
Pada ketika ini, CR didapati berjaya meraih lebih 40 juta pengikut dalam masa kurang 96 jam selepas pelancarannya , dan ini menjadikan saluran YouTube UR Cristiano antara yang terkenal di platform terbabit.
Seperti yang ramai sedia maklum, bilangan pengikut sememangnya penting namun untuk menjana pendapatan di YouTube perlu mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi menerusinya.
Cristiano Ronaldo dengan pengaruh besarnya di peringkat global, ramai menjangkakan beliau mampu menjana pendapatan setara dengan YouTube terkenal lain di platform tersebut.
Setakat ini, Ronaldo telah memuat naik 19 buah video menerusi saluran tersebut dan kesemuanya mendapat sambutan hangat daripada peminat yang ingin melihat dengan lebih dekat kehidupan peribadi kapten Al Nassr ini.
Keseluruhan jumlah tonton yang berjaya dikumpul menerusi Ur Cristiano mencecah sekitar 254,911,764.
Menurut anggaran, YouTube membayar kira-kira 6 Dolar bagi setiap 1,000 tontonan, yang bermaksud Ronaldo boleh memperoleh antara $1,200 (~RM5,217.90) hingga $6,000 (~RM26,089.50) bagi setiap satu juta tontonan.
Berdasarkan pengiraan kasar ini, hasil daripada pendapatan iklan dan penajaan yang ditandatangani, Ronaldo berkemungkinan telah menjana lebih daripada $100 juta kira-kira RM434 juta dengan saluran YouTube miliknya.
Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa bagi Ronaldo, yang mana menambah pendapatan dengan pantas melalui platform tersebut.
Meskipun CR mempunyai pengaruh besar di dalam media sosial, tidak bermaksud dia boleh mengalahkan veteran di dalam dunia YouTube iaitu Mr Beast dengan mudah yang mana mempunyai pengikut lebih 300 juta pengikut dengan purata jumlah tontonan lebih 90 juta bagi setiap satu video.
Pada ketika ini, Mr Beast memperoleh kira-kira 400 juta tontonan setiap bulan dan pendapatan iklannya dilaporkan mencecah $5 juta (~RM21 juta) setiap bulan.
Walaupun tampak macam mustahil pada ketika ini, CR7 dilihat berpotensi memberi saingan hebat kepada YouTuber nombor satu dunia ekoran populariti Cristiano Ronaldo yang meluas di seluruh dunia.
Sama-sama kita lihat perkembangan menarik yang mungkin terjadi pada masa kelak.