Dato Ibrahim Mat Zin atau lebih popular dikenali sebagai Raja Bomoh meraih perhatian pengamal media apabila dia hadir di lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India, semalam.
Memetik Harian Metro, dia memaklumkan kehadirannya ke lokasi kejadian adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.
Baca Juga:
“Saya datang ke sini sebab saya lihat mereka (pasukan penyelamat) sudah berhari-hari menjalankan usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa.
“Justeru, saya mahu membantu pencarian mangsa menggunakan kaedah tertentu sekiranya dibenarkan pihak berkuasa,” katanya ketika ketika berada di lokasi tanah kejadian.
Menurut laporan itu lagi, Raja Bomoh juga dilihat merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi berhampiran insiden itu berlaku.
“Saya datang sini bawa ‘Air Belaga’. Air ini kita bawa nak siram tempat itu (lokasi kejadian). Kita ambil air ini dekat Pulau Sembilan, Beting Beras Basah” kata Raja Bomoh kepada semua pengamal media sebelum merenjis air yang disimpan dalam labu air berwarna hitam.
Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan terdapat empat individu membawa bunga kekwa berwarna kuning. Mereka berada di lokasi jam 1.10 tengah hari sebelum melakukan upacara keagamaan hampir 10 minit.