Pada hari semalam telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak lelaki pengasas Bawal Exclusive, Syazwan dengan penuh gilang-gemilang di sebuah hotel terkemuka ibu kota Kuala Lumpur.

Menurut satu laporan, Haliza Maysuri telah membelanjakan kira-kira RM3.5 juta untuk menjayakan majlis anak sulungnya itu.

Baca Juga:

Untuk persalinan Haliza sendiri, beliau memakai busana berwarna campuran Nude Brown, Off White, Silver dan Light Aprikot yang dilaporkan harganya mencecah RM170,000.

@xtra_my

Wow! Mega sungguh majlis sambut menantu pengasas Bawal Exclusive, RM3.5 juta tu! #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news

♬ original sound – XTRA – XTRA

Busana didatangkan khas dengan perincian batuan Swarovski sebanyak 72,000 butir dari Austria selain fabrik juga diterbangkan khas dari Eropah.

Difahamkan rekaan ‘cape dress’ yang menggunakan teknik ‘ruching’ draping itu mengambil masa sekitar tiga bulan untuk disiapkan oleh RI Haute Couture.

Sementara menantu Haliza, Sarah pula mengayakan rekaan pereka fesyen sama. Gaun menantu Bawal Exclusive itu bertakhtakan 189,936 butir batuan Swarovski dalam beberapa jenis saiz berbeza; ss10, ss16, ss20, ss30, ss34 dan ss43.

Dicipta Khas Dan Bukan Untuk Dijual, Ini ‘Swarovski Tiara’ Bakal Dipakai Menantu Pengasas Bawal Exclusive

Apa yang mencuri perhatian, Sarah berpeluang memakai ‘Swarovski Tiara’ yang direka khas oleh Pengarah Kreatif Global, Giovanna Engelbert.

“Tiara yang dipakai Sarah sangat berharga bagi saya. Namun saya bertuah kerana Swarovski hadiahkannya kepada saya untuk dipakaikan kepada menantu. Syukur alhamdulillah,” kata Haliza.

Untuk makluman, ‘Swarovski Tiara’ itu direka khas untuk acara ‘Opera Ball Vienna 2024’. Ia memiliki 233 kristal jernih dan bukan untuk dijual di dunia.

Sumber