Pengguna maya meluahkan rasa terkejut dengan pembaikan pantas di beberapa stesen pengangkutan awam seperti stesen monorel dan LRT.
Beberapa netizen secara berseloroh berkata, pembaikan pantas itu dilakukan kerana mereka takut dibuang kerja sejak Anthony Loke dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.
Baca Juga:
- Lebih Setahun Lif Rosak, Respon Tidak Masuk Akal RapidKL Terhadap Golongan OKU Buat Netizen Berang
- Penumpang ‘Tercicir’ Gigi Palsu Dalam Tren, Perkongsian RapidKL Buatkan Netizen Terhibur
- Selepas 3 Tahun ‘Diselenggara’, Netizen Gembira Eskalator Di LRT KLCC Akhirnya Dibaiki
Dengar citer, tetiba ada fund, tetiba ada spare part, tetiba semua eskalator tgh ganti dgn Laju……Merata rata tgh pasang.
Ada yg takut HILANG JAWATAN KE TU? Baru nk kelam kabut bila @anthonyloke masuk? pic.twitter.com/FtSdGo1KQe
— Dean or Deen (@DeanOrDeen) December 12, 2022
Bagaimanapun, ada sebahagian netizen berkata bahawa mungkin alat ganti yang ditempah oleh Rapid Rail daripada pengeluar asal (OEM) di Shanghai, China, telah tiba dan membolehkan pembaikan yang tertangguh dapat dilaksanakan.
Pada Oktober 2022, Rapid Rail menyatakan bahawa kumpulan pertama alat ganti akan tiba pada bulan Oktober, kumpulan kedua pada pertengahan November, dan yang ketiga pada bulan Disember.
Also at monorel bukit bintang last monday also been fix before this the sparepart at wharehouse or what hahahaha
— Kechik (@fakhlude) December 12, 2022
Even the KLCC’s escalator is now working. What a magical story this is..
— Annoying Orange at 5°C (@firdausmohdali) December 12, 2022
Secara keseluruhan, Rapid Rail telah menempah 87 unit dan 37 unit eskalator untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan.