Pada beberapa hari lalu tular satu klip dashcam menunjukkan seorang penunggang motosikal merempuh tayar lori terpelanting tiba-tiba mengenainya.

Ramai warganet berasa bimbang melihat keadaannya kerana mangsa rebah di atas jalan raya selepas kemalangan itu berlaku.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Bagaimanapun, menerusi hantaran Facebook Surau Alhijrah Pantai Ria mangsa didapati cuma mengalami kecederaan ringan sahaja.

“Inilah dia saudara Mohd Kapiau, 55 tahun, penduduk PPR Pantai Ria, yang video motornya dilanggar tayar lori tercabut pada hari Jumaat lepas (23.8.24) di hadapan Mid Valley telah viral.

“Kuasa Allah S.W.T, saudara Kapiau terselamat dari[ada kecederaan yang teruk. Melihat daripada video, ramai yang kata mangsanya mesti parah. Namun Allah maha berkuasa,” petik hantaran Facebook itu.

Difahamkan mangsa cuba cedera sedikit bahagian kepala, sementara lengan retak sudah beransur pulih. Doktor pula menyatakan hasil imbasan di kepala mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman.

'Ramai Ingat Mesti Parah, Tapi Mangsa Cuma Cedera Ringan' – Jemaah Surau
Sumber Gambar: Facebook Surau Alhijrah Pantai Ria
'Ramai Ingat Mesti Parah, Tapi Mangsa Cuma Cedera Ringan' – Jemaah Surau
Sumber Gambar: Facebook Surau Alhijrah Pantai Ria

Pihak Surau Alhijrah Pantai Ria mendoakan agar beliau kembali sihat dan dapat kembali ke surau seperti biasa.

“Beberapa org jemaah surau berkesempatan menziarahi beliau di hospital hari ini. Moga beliau segera sembuh dan dapat balik rumah dengan segera.

“Saudara Kapiau adalah jemaah regular Surau alhijrah, selalu membantu kerja-kerja di surau tanpa mengharap upah. Dia banyak buat kerja-kerja amal bantu tok siak dan pengurusan surau,” petik kemas kini keadaan mangsa itu lagi.