Pada hari semalam tular kisah seorang lelaki mencari pemilik asal sekeping RM50 yang mempunyai nota bertulis ‘Duit last ayah bagi 11/5/20, Al-Fatihah’ di atasnya.
Mohd. Azfarul Zainol Akmar, 35, atau Tuah Lim yang berkongsi hantaran itu di di media sosial semalam menjelaskan ada beberapa individu telah menghubunginya, lapor Kosmo.
Baca Juga:
- ‘Duit Terakhir Ayah Bagi’- Lelaki Ini Nekad Jejak Pemilik Asal RM50 Ini
- Cik B Tampil Imej ‘Big Boss’, Dikelilingi Hampir 10 Bodyguard
- Dua Anak Lelaki Menganggur, Pak Cik 70 Tahun Masih Bertahan Kerja Rider
“Sudah ada beberapa orang yang menghubungi saya menyatakan duit terbabit milik mereka, namun saya perlu berhati-hati untuk mengetahui pemilik sebenar.
“Walaupun RM50, tetapi agak pening untuk mengetahui siapakah pemilik sebenar. Untuk betul-betul sampai ke tangan pemiliknya saya banyak juga bertanyakan pandangan rakan-rakan,” katanya kepada Kosmo.
Menurut Tuah, beliau tidak akan menggunakan RM50 itu sehinggalah dapat bertemu dengan pemilik yang sebenar.
“Masih dalam jagaan saya dan saya tidak akan menggunakan duit ini sehingga bertemu tuan asalnya,” jelas Tuah Lim.
Setakat ini, hantaran beliau sudah meraih lebih 10,000 kali perkongsian dan ribuan komen daripada warganet yang mahu pemilik asal menjumpai semula RM50 yang cukup bermakna itu.