Menteri Komunikasi, Fahmi Fazdil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tidak meneruskan rancangannya untuk meminta semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) melaksanakan pengalihan semula perkhidmatan nama domain awam (DNS) menjelang akhir bulan ini.

Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan maklum balas yang diterima melalui beberapa siri penglibatan SKMM yang dijalankan dengan orang ramai.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

“Isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman-laman web perjudian, persundalan, pornografi dan seumpamanya amat membimbangkan dan memerlukan usaha penyelesaian yang menyeluruh.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak dan keluarga.

“Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus SKMM serta daripada khalayak umum, saya telah meminta SKMM agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS),” petik hantaran X.com Fahmi Fadzil.

Pada masa sama SKMM akan terus terlibat sama dengan semua pihak berkepentingan untuk mengumpulkan maklum balas dan cadangan mereka untuk mencapai objektif bersama — iaitu internet yang lebih selamat untuk negara Malaysia.

Untuk makluman, sesetengah pengguna memilih untuk menggunakan pelayan DNS pihak ketiga seperti Google DNS (8.8.8.8) untuk mengakses laman sesawang dengan kelajuan yang lebih pantas.