Kekalahan yang dialami oleh dua wakil Malaysia iaitu Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Asia nyata memberi kesan dalam kedudukan ranking AFC.

Menurut ranking AFC yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia dipintas oleh Vietnam dan Australia dimana negara ini menduduki tempat ketujuh sekaligus boleh menjejaskan peluang untuk beraksi di saingan AFC Champions League (ACL) Elite musim hadapan.

Baca Juga:

Kedudukan dalam kemas kini kali ini tidak menawarkan sebarang tempat dalam saingan ACL Elite dan kelab yang layak akan beraksi dalam saingan ACL 2.

Juara Liga Super akan layak secara automatik manakala satu lagi pasukan terpaksa menempuh saingan peringkat play-off untuk layak ke saingan ACL 2.

Selangor dan JDT masih mempunyai masa untuk cuba memperbaiki kedudukan dalam ranking dimana Selangor wajib menang ke atas Cebu sekaligus mara ke peringkat seterusnya manakala JDT perlu mencatat kemenangan dalam tiga baki perlawanan peringkat kumpulan dan mara sejauh mungkin dalam peringkat kalah mati.