Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini mengumumkan pelari pecut sensasi, Muhammad Azeem Fahmi telah dipilih mengisi tiket wild card ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden KOM, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim sekaligus mengetepikan seorang lagi calon iaitu atlet olahraga wanita yang sering beraksi dalam acara 400m, Shereen Samson Vallabouy.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Kedua-dua mereka merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 namun gagal melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik 2024.

RASMI: Azeem Fahmi Dapat Tiket 'Wild Card' Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Sebelum ini, badan Olahraga Dunia memberikan dua slot wild card, satu untuk atlet lelaki dan satu wanita. Namun, kali ini mereka hanya memberikan satu slot wild card dan khusus untuk acara 100m, 800m dan maraton.

Oleh sebab itu, slot wild card diberikan kepada Azeem kerana ia melibatkan acara utamanya iaitu 100m.

Azeem adalah pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09s yang dilakukan ketika Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia di Colombia pada 2022.

Dengan pengumuman ini, Azeem juga membuka peluang buat Azeem melakukan debut di temasya Sukan Olimpik buat julung kalinya dalam karier profesionalnya.