Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona hari ini mengumumkan Xavi Hernandez tidak akan meneruskan tugasnya sebagai pengendali pasukan itu bermula musim 2024-2025.
Menurut kenyataan rasmi, keputusan itu dibuat selepas perbincangan diadakan antara Presiden Barcelona, Joan Laporta bersama naib presiden, Rafa Yuster, pengarah sukan, Anderson Luis De Souza, Deco, Xavi, Òscar Hernández dan Sergio Alegre.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
“Barcelona mengucapkan terima kasih kepada Xavi atas kerja kerasnya sebagai jurulatih, serta kerjayanya yang tiada tandingan sebagai pemain dan kapten pasukan serta mendoakan semoga beliau berjaya di masa depan.
“Xavi akan mengendalikan pasukan buat kali terakhir pada hari ahad di tempat lawan menentang Sevilla.
“Dalam tempoh beberapa hari akan datang, Barcelona akan membuat pengumuman mengenai penstrukturan semula pasukan,” kata kelab itu dalam kenyataan rasmi.
Menurut Fabrizio Romano, difahamkan Hansi Flick akan menggantikan tempat Xavi sebagai pengurus baharu Barcelona.
🔵🔴🇩🇪 Hansi Flick, just waiting for the formal documents and then set to sign in as new Barcelona head coach.
He’s the man wanted by Joan Laporta to replace Xavi Hernández. pic.twitter.com/hLDcujbI6J
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 24, 2024
Terdapat khabar angin mengatakan Joan Laporta tidak puas hati dengan tindakan Xavi memberitahu media mengenai kedudukan kewangan kelab yang tidak mampu bertahan lama musim depan.
Xavi pada mulanya menyatakan dia tetap akan pergi selepas tamat musim ini, akhirnya lembut hati dan menyatakan dia sedia kekal.
Namun, Laporta dikatakan tidak gembira dengan Xavi berkaitan dengan komennya mengenai Real Madrid.
Xavi menyatakan bahawa adalah sukar untuk dia membimbing Barca bersaing mengatasi Real Madrid kerana situasi kewangan kelab yang tidak memihak kepadanya.
Sepanjang dibawah kendalian Xavi, Barcelona mencatatkan 25 kemenangan dan 5 kekalahan selepas mengharungi 37 perlawanan La Liga.
Mereka juga gagal menyaingi Real Madrid yang kini berada di kedudukan teratas dengan 94 mata.