Manchester United berjaya mendapatkan Matthijs De Ligt dan Nouassir Mazraoui dari Bayern Munich.
Pembelian 2 pemain tersebut dimuktamadkan pada awal pagi tadi waktu Malaysia.
Rundingan antara kedua dua kelab telah berlangsung bermula pada awal jendela perpindahan lagi.
Kedua dua pemain sebelum ini sudah setuju syarat yang ditawarkan Man United. Namun harga De Ligt menjadi penghalang.
Hal ini kerana United awalnya hanya menawarkan €30 juta berbanding €50 juta diminta Bayern.
New era. New home 🏘️🔴
🤳 @Snapdragon #MUFC || #ShotOnSnapdragon pic.twitter.com/rznUkJYtcl
— Manchester United (@ManUtd) August 13, 2024
Setelah kecederaan Leny Yoro, United menguatkan lagi usaha mendapatkan pemain itu dan setuju membayar €50 juta secara keseluruhan. Dengan pecahan €45 juta bayaran wajib dan €5 juta lagi dalam bentuk bonus.
Harga Mazraoui sentiasa bukan masalah untuk United, tetapi keutamaan mereka adalah De Ligt, dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan kedua dua pemain dalam satu transaksi yang melibatkan jumlah keseluruhan €70 juta.
Ini ditambah dengan kejayaan kelab menjual Aaron Wan Bissaka ke West Ham sehari sebelumnya.
De Ligt adalah pemain bek tengah sementara Mazraoui adalah pemain bek sisi. Kedua dua pemain adalah nadi penting Ajax era Ten Hag. Kini mereka bergabung semula di Old Trafford.
Pembelian ini juga bukti bahawa INEOS benar benar serius mahu membantu Ten Hag membentuk pasukan yang kuat dan mampu menjuarai EPL atau UCL sekali lagi.
De Ligt adalah pemain yang mampu menyelesaikan masalah kecederaan di bahagian bek tengah dan boleh menjadi sandaran untuk posisi no.6 apabila diperlukan.
Baca analisis kami di sini:
Ini 4 Sebab Man United Akhirnya Sanggup Bayar €50 Juta Untuk De Ligt