Manchester United hari ini mengumumkan jurulatih dari Belanda, Erik Ten Hag telah melepaskan jawatannya sebagai Pengurus Pasukan berkuatkuasa serta-merta.
Erik dilantik pada bulan April 2022 dan telah membantu United menjuarai dua trofi dalam saingan domestik iaitu Piala Carabao 2023 dan Piala FA 2024.
Baca Juga:
- Manchester United Sukar Dikalahkan, Kata Ten Hag
- Ten Hag: “Tenang Kerana Esok Masih Ada”
- Ten Hag Salahkan Pengadil Punca Man United Gagal ‘Comeback’
Menurut kenyataan rasmi, tempat beliau digantikan oleh pembantu jurulatih, Ruud Van Nistelrooy untuk sementara menunggu pelantikan pengurus baharu.
“Kami berterima kasih kepada Erik diatas segalanya yang beliau lakukan dan mengucapkan selamat maju jaya di masa hadapan,” kata kenyataan United.
🚨 EXCLUSIVE: Manchester United are discussing internally to sack Erik ten Hag with immediate effect!
Understand Ruud van Nistelrooy would stay as interim manager if all goes to plan in internal talks. pic.twitter.com/GXwTAHmGcb
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 28, 2024
Spekulasi pengendali berusia 54 tahun dari Belanda itu menjadi perhatian pada hujung musim lalu apabila United merekodkan pencapaian terburuk EPL iaitu tempat kelapan ketika bilionair Britain dan Pengerusi INEOS, Jim Ratcliffe mengambil alih operasi bola sepak.
Bagaimanapun, kejayaan mengejut meraih Piala FA dengan menewaskan Manchester City, selain Ten Hag berdepan musim dibelenggu kecederaan yang menjadi punca persembahan hambar, akhirnya memberi peluang sekali lagi kepada Ten Hag.
Dia menandatangani kontrak baharu sehingga 2026 dan berpeluang untuk cuba mengembalikan zaman kegemilangan juara Inggeris sebanyak 20 kali itu.
Berdasarkan keputusan awal musim yang mengecewakan menyaksikan Ten Hag tidak berpeluang mengulangi pencapaian itu.