Kaedah pembayaran menggunakan Apple Pay memang terbukti memudahkan pelbagai transaksi seharian buat para pemilik iPhone. Oleh itu, lebih banyak institusi dan syarikat sedia menyokong Apple Pay di Malaysia.

Razer Merchant Services (RMS) mengumumkan bahawa ia kini menyokong Apple Pay merentas saluran dalam talian dan luar talian. Dengan sokongan ini, para pengguna boleh melakukan pembayaran tanpa tunai pada platform yang menggunakan RMS.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Razer Merchant Services

Pembayaran boleh dilakukan dengan semudah meletakkan iPhone dan Apple Watch pada terminal RMS di kedai yang menyokongnya seperti kedai serbaneka 7 Eleven. Kaedah pembayaran Apple Pay ini mula disokong oleh banyak platform disebabkan terjamin lebih selamat dan selesa dipakai oleh para pengguna Apple.

Pada minggu lalu, HSBC juga baru sahaja menyokong Apple Pay secara rasmi di Malaysia. Dengan perkembangan ini, negara kita dilihat menuju ke arah digitalisasi dan lebih ramai pengguna boleh memanfaatkan kemudahan pembayaran tanpa tunai seperti Apple Pay di dalam kehidupan seharian.

Sumber