Disaat menyambut momen bahagia bersama pasangan sewaktu hari perkahwinan, kadang-kala akan timbul perkara yang tidak diduga sedikit sebanyak akan mengganggu emosi.

Namun berbeza reaksi yang ditampilkan oleh sepasang pengantin menerusi satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Di dalam video berdurasi 17 saat itu, pengantin perempuan yang cantik berbusana putih telah mengalami insiden yang tidak diduga yang mana sebekas kuah belacan tertumpah di atas kain veil.

Sumber Gambar: IG

Perkara ini sudah pasti akan meninggalkan kesan kotoran dan juga baunya yang kuat sekaligus menimbulkan kerisauan kepada pengantin untuk bertemu tetamu yang hadir.

Sumber Gambar: IG

Bagaimanapun, ahli keluarga dilihat gigih berkerjasama untuk membersihkan kotoran pada fabrik tersebut. Ini termasuklah menggunakan berus, air dan juga bedak tabur yang dikatakan mampu menyerap sebarang kotoran degil dengan efektif.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah bagaimana reaksi pasangan pengantin terutamanya bagi wanita yang tampak tenang sekali dan sabar menunggu kotoran dibersihkan.

Sumber Gambar: IG

Malah, pasangan itu didapati hanya tersenyum dan bergelak-tawa dengan insiden lucu tersebut dan momen-momen tersebut berjaya dirakam oleh jurugambar.

Hasil gambarnya sudah pasti kelihatan unik dan menjadi kenangan terindah buat mereka yang berada di situ.

Sementara menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen memuji akan sikap wanita tersebut yang tampil tenang meskipun menghadapi perkara yang tidak diduga di saat-saat kegembiraan.

Sumber Gambar: IG
Sumber Gambar: IG

Bahkan, mereka merasa pasangan tersebut sememangnya sudah ditakdirkan untuk bersama kerana masing-masing menerima insiden itu dengan reaksi yang sama tanpa melenting.