Xiaomi di China baru sahaja melancarkan siri Redmi Note 12 iaitu kemas kini kepada barisan peranti mid range premium mereka. Ini merupakan model kelas mid range premium paling terbaik yang Xiaomi sedia tawarkan buat peminat jenama mereka.

Bukan hanya mempunyai rekaan yang lebih bergaya, malah spesifikasi yang ditawarkan cukup mantap pada harga mampu milik. Mari kita lihat lebih dekat dengan spesifikasi yang ditawarkan menerusi Redmi Note 12 Discovery Edition.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Redmi Note 12 Discovery Edition

Sumber Gambar: Gsmarena

Model ini hadir dengan skrin 6.67-inci OLEH FHD+ bersama sokongan refresh rate 120Hz. Dijana pula dengan cip Dimensity 1080 dengan padanan memori 8GB RAM serta storan dalaman sebesar 256GB. Dari segi fotografi tidak kurang hebatnya yang mana menampilkan lensa 200+8+2 MP dengan kamera swafoto 16MP.

Apa yang menariknya pada kali ini adalah kemampuan pengecasan pantas berbanding model-model sebelum ini. Peranti ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4,300 mAh dalam masa yang sama boleh dicas penuh dalam sembilan minit sahaja. Ini kerana kemampuan pengecasan pantas yang mencapai 210W.

Peranti ini hanya ditawarkan dengan variasi 8/256GB pada harga RMB 2,399 iaitu sekitar RM1,565. Setakat ini, masih belum diketahui sama ada peranti ini bakal ditawarkan di dalam pasaran China sahaja atau pun tersedia untuk pasaran luar juga.