Masyarakat Rohingya sudah menjadi sebahagian daripada komuniti di Malaysia selepas kejadian berdarah di Myanmar yang menyaksikan kebanyakan rakyat negara terbabit berhijrah ke Malaysia untuk mencari suaka. Kini, setelah beberapa tahun menetap di Malaysia, rakyat negara ini sudah dihidangkan dengan pelbagai ragam dari komuniti pelarian ini.
Melalui satu video tular baru-baru ini, dipercayai bahawa seorang kanak-kanak berbangsa Rohingya telah meminta sedekah di salah sebuah jalan di sekitar ibu kota. Apa yang menjadi isu adalah bilamana kanak-kanak tersebut dikatakan berang apabila tindakannya meminta sedekah dirakam oleh perakam video tersebut.
Kosmo! melaporkan bahawa kejadian tersebut berlaku di Cheras, Kuala Lumpur dan kanak-kanak tersebut sebenarnya ditemani oleh seorang lagi temannya yang ditugaskan untuk meminta sedekah di jalan yang sama.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1477535708319416321
Video yang berdurasi beberapa saat itu kemudiannya tular di media sosial dan orang ramai mula beranggapan bahawa tindakan kanak-kanak berbangsa Rohingya itu sudah keterlaluan. Menerusi media tempatan, seorang lelaki dengan nama Joe Rahman Bangsar menyelar tindakan kanak-kanak terbabit dan menyamakan tindakan kanak-kanak itu seperti Long Tiger Jr – merujuk kepada individu bernama Long Tiger warga Myanmar yang sebelum ini dikehendaki polis selepas lari dari penjara.
Sebenarnya, ini bukan pertama kali komuniti Rohingya menjadi topik bualan masyarakat di Malaysia. Pada May 2020, Sinar Harian melaporkan isu yang hampir sama juga berlaku apabila seorang remaja berbangsa Rohingya cuba membuka pintu kereta seorang pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran persimpangan bertingkat Batu Tiga. Kelibat peminta sedekah berbangsa Rohingya ini sering kelihatan di kawasan persimpangan jejambat ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Manakala pada Oktober 2021, Harian Metro melaporkan bahawa aktiviti meminta sedekah dari kereta ke kereta sebenarnya sudah merebak ke beberapa lokasi di seluruh ibu kota. Difahamkan bahawa komuniti ini turut menjadikan Jalan Ampang Ulu dan Jalan Ampang sebagai kawasan meminta sedekah. Mereka akan mengetuk tingkap kereta untuk meminta sedekah sambil mendukung anak kecil bagi meraih simpati pengguna jalan raya.
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1258785260289966080?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1258785260289966080%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Farticle%2F82898%2FBERITA%2FViral%2FRemaja-Rohingya-cuba-buka-pintu-kereta-ketika-minta-sedekah
Melalui temuramah Harian Metro dengan masyarakat setempat, kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa rimas dengan tindakan komuniti Rohingya. Ia juga dikatakan membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana mereka berada di tengah-tengah jalan raya. Badrulhisham Md Arshad, seorang pengguna jalan raya menceritakan detik cemas apabila beliau hampir melanggar kanak-kanak Rohingya yang meminta sedekah di tengah jalan.
Tindakan komuniti Rohingya ini jelas membahayakan nyawa mereka dan pengguna jalan raya. Aktiviti meminta sedekah di tengah jalan raya juga perlu dibendung supaya ia tidak menjadi salah satu ‘budaya’ di negara ini.
Rakyat Malaysia buat pelarian Rohingya rasa tidak selamat, dakwa negara ini sudah jadi penjara. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Rakyat Malaysia Buat Pelarian Rohingya Rasa Tidak Selamat, Dakwa Negara Ini Sudah Jadi Penjara
Warga Asing Rohingya Bawah Pengaruh Dadah Buat Kecoh, Masih ‘Layan’ Walau Direnjat Dan Disepak
Ribuan Pelarian Rohingya Merusuh, Tak Mahu Tinggal Di Kem Yang Sesak Seperti Setinggan