Setiap kali Off-White Kuala Lumpur melancarkan kasut edisi khas, pasti ramai peminat jenama ini yang akan beratur untuk tidak terlepas peluang mendapatkan kasut edisi khas ini.
Off-White Kuala Lumpur pagi ini mula membuka jualan kasut model Off-White™ c/o @Nike “All Hallows Eve” and “Grim Reaper” berdasarkan first come first serve basis. Dalam keghairahan untuk mendapatkan dua model edisi khas ini, ada resellers yang bertindak keterlaluan demi untuk mendapat keuntungan yang lebih hasil jualan semula kasut-kasut ini.
Manurut seorang pengguna Facebook Audrey Pui Yan, ada resellers yang mengerahkan orang yang sudah berusia untuk beratur di depan Off-White sejak malam semalam. Ada diantara individu berusia ini yang dilihat tidak sihat dan kurang upaya tetapi tetap ‘diupah’ untuk beratur.
Jika sebelum ini mereka mengupah golongan remaja untuk bantu mereka beratur, kali ini mereka sudah melampau kerana turut melibatkan orang yang sudah tua untuk beratur sama membeli kasut ini. Yang akan untung semestinya resellers dan kemungkinan besar orang tua yang diupah ini hanya dibayar upah yang kecil sahaja.
Di sini timbul persoalan sama ada perlukah kita terus memberi sokongan kepada para resellers ini? Ianya tidak salah untuk mengupah orang tua tetapi jika dipandang dari sudut moral, ianya satu perkara yang keterlaluan. Orang diupah yang penat, resellers senyum lebar kerana akan untung besar.
Nasib tiada kejadian bertumbuk berlaku sepanjang jualan ini berlangsung. Bagi anda yang mungkin turut beratur di Off-White Kuala Lumpur, adakah anda dapat membeli kasut ini?