Satu gambar candid yang diambil di Central Park, New York, Amerika telah menerima banyak respon sehingga 281,970 orang Like gambar tersebut dan 25,682 orang telah Share ke media sosial. Tambah lebih menarik apabila membaca 10 komen popular di bawah gambar tersebut. Setiap komen tersebut pula telah menerima 1,221 hingga 18,608 Like serta beratus komen telah membalas komen-komen tersebut.
Inilah gambar yang telah menjadi perhatian pengguna laman sosial Facebook Page Humans Of New York:
Gambar yang memaparkan dua orang lelaki Muslim sedang mengerjakan solat di taman secara terbuka ini telah mengundang respon-respon daripada orang bukan Islam yang boleh buat kita berfikir sejenak tentang siapa Muslim pada pandangan orang bukan Islam.
Sebelum membacanya, fikirkan apakah respon yang anda jangkakan daripada orang bukan Islam apabila melihat gambar tersebut.
Sudah?
Baiklah. Teruskan pembacaan anda:
Kagum bagaimana seorang Muslim boleh memberhentikan segala aktiviti tatkala sibuk hanya untuk beri ruang masa berhubung (melalui solat) dengan Tuhannya.
Ia sesuatu yang indah apabila seseorang mengambil satu detik masa untuk sedar akan ada sesuatu yang lebih penting di dalam hidup ini berbanding dengan apa yang sedang mereka lakukan.
Timbul rasa hormat kepada mereka yang mengikut peraturan agama dan menjalani dengan baik, walaupun di kawasan awam.
Bunyi azan yang indah menjadi salah satu kegemarannya.
Melihat seseorang menunduk sujud kepada sesuatu yang lebih hebat berbanding diri mereka adalah sesuatu yang indah.
Tiada toleransi, bersifat rasis dan tidak bertimbang rasa itu menyakitkan hati.
Kagum melihat bagaimana Muslim tidak berputus asa demi masa solatnya untuk apa-apa perkara atau sesiapa.
Menakjubkan apabila melihat Yahudi dan Muslim membaca kitab masing-masing di dalam satu tempat.
Kagumi bagaimana Muslim boleh menyediakan masa untuk bertenang, solat, berhubung, rasa bersyukur dan minda sedar (akan sesuatu) sebanyak 5 kali sehari.
Apakah respon mereka itu sama dengan apa yang anda jangkakan sebelum membaca ini semua tadi?
Jika orang Muslim berada di negara majoriti orang bukan Islam, orang tidak akan tanya daripada negara mana. Tetapi terlebih dahulu akan ditanya: “Are you a Muslim?”.
Maka, orang Muslim bertanggungjawab menjaga agama Islam sebaik-baiknya. Pada pandangan orang bukan Islam, orang Muslim adalah refleksi/cermin bagi agama Islam. Jangan sampai diri menjadi punca fitnah terhadap Islam dan orang Muslim secara amnya.
Nota: Persepsi seseorang terhadap sesuatu boleh terbentuk berdasarkan pengalaman, pembacaan/pengetahuan, taraf pendidikan dan ekonomi.
Sumber: Humans of New York