Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana seorang rider penghantar makanan berjalan kaki seorang diri apabila motosikalnya disita selepas diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dalam satu sekatan jalan raya.

Video yang tular itu telah mendapat perhatian netizen dan menganggap tindakan yang dibuat oleh pihak JPJ tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video dikongsikan Facebook Kementerian Netizen Malaysia, akaun rasmi Facebook JPJ telah meninggalkan komen berkongsi sebab motosikal rider penghantar makanan tersebut disita pihaknya.

Menurut JPJ, motosikal milik rider tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah. Jadi tindakan sita telah dibuat bagi mengelakkan berlakunya masalah tidak diingini.

Sumber Gambar: FB Kementerian Netizen Malaysia

“Merujuk pada video di atas, LKM telah tamat tempoh dan tiada insurans, oleh sebab itu JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider tersebut berlaku kemalangan dan sebagainya disebabkan ketiadaan insurans tersebut.

“Jika berlaku kemalangan rider akan menyusahkan pemandu lain dan juga keluarga kelak. Harap maklum,” petik komen akaun rasmi Facebook JPJ.

Terdahulu tular satu klip video berdurasi 20 saat di mana seorang rider penghantar makanan terpaksa berjalan kaki selepas motosikalnya disita selepas pemeriksaan sekatan jalan raya yang dibuat JPJ.

Kemaskini 5.15 petang, 13 September 2023; JPJ turut mengesahkan lesen rider tersebut telah tamat tempoh pada bulan Februari lepas.

“Info terkini, cukai jalan dan insurans tamat pada 6 Februari 2023,” komen JPJ.