Netizen dan rakan selebriti ternyata berpuas hati dengan pemilihan Rita Rudaini sebagai pemenang Ikon Ibu Malaysia 2024/25 pada malam Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/25.
Dalam perkongsiannya di Instagram, Rita Rudaini menulis: “YTidak mudah. Walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang,tetapi ujian dan rasa itu tetap sama.
“Tetapi percayalah,di setiap semua itu bukan lah ‘kesusahan’..tetapi itu adalah ujian untuk yang terpilih, dan percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yang Allah berikan iaitu ‘anak’.
“Jagalah,sayangilah dan didik lah mereka kerana Allah.”
Sebelum itu Rita Rudaini menyatakan terima kasihnya kepada pihak penganjur yang menobatkan dia sebagai pemenang anugerah tersebut.
“Terima kasih Ikon Malaysia (Kelab Wanita Ikon) untuk Anugerah IBU IKON 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.
“Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana Kita semua wanita kuat. Kita semua adalah ikon.”
Di ruangan komen dibanjiri komen tahniah dan menganggap Rita Rudaini sememangnya layak membawa pulang penghargaan itu. Dan ramai juga akui mengikuti kisah dan perjalanan Rita Rudaini sebagai artis dan ibu tunggal. Mereka mendapat motivasi daripada kegigihannya.
Mereka juga kagum dengan cara Rita Rudaini mendidik anaknya dengan menyeimbangkan akademik, agama dan sukan.