Rita Rudaini tidak menghalang impian anaknya yang mahu menjadi pemain bola sepak profesional.

Anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna telah memberitahunya bahawa dia bercita cita mahu menjadi pemain bola sepak profesional.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Rita menyatakan sebagai ibu dia akan menyokong anaknya untuk mencapai impian mereka namun pelajaran tetap harus jadi keutamaan.

Seterusnya Rita turut menyatakan kalau mahu menjadi pemain bola sepak haruslah ada cita cita untuk bermain sehingga ke peringkat antarabangsa.

Bercakap kepada Oh Bulan, pelakon itu berkata: “Saya sokong minat mereka. Anak lelaki memang suka main bola sepak. Yang nombor satu main suka bola dan larian trek.

“Yang nombor dua suka bola, larian, bola baling dan sekarang cuba nak main rugbi.

“Yang nombor dua itu dia pernah tanya boleh ke kalau dia nak jadi pemain bola sepak nanti. Saya kata bukan tidak bagi, tapi kalau boleh jadi yang boleh pergi hingga peringkat antarabangsa.

“Saya kata nak jadi apa pun, jadilah. Tetapi pastikan sekolah sampai habis. Jadi pemain bola yang pandai, dalam bola bukan guna kaki sahaja, kena guna akal juga. Kalau boleh ada degree atau sebagainya, asalkan berilmu.’

Rita turut berkongsi bahawa dia dahulu pernah terpilih untuk ke SUKMA – mewakili Perlis – untuk acara silat.

Namun sayangnya dia tidak dapat hadir ke pemilihan sebab ibunya membakar baju silatnya. Memandangkan dia anak perempuan tunggal dalam keluarga, ibunya mahu dia melakukan kerja kerja seorang perempuan.