Trend makanan viral sedang hangat di media sosial, tetapi kali ini nachos tepi jalan pula yang mencuri perhatian.

Isu ini timbul selepas seorang pengguna X, mengkritik gaya hidangan nachos yang dikatakan terlalu “modifikasi” hingga kehilangan identiti asalnya.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Dalam ciapan pedasnya, pengguna X menulis, “Apa benda saka yang korang makan ni. Nachos ni sepatutnya tortilla chips, salsa, guacamole, sour cream je.

“Kalau nak tambah daging – ground beef cmtu. Ni dengan coleslaw, garlic sauce, bbq sauce, daging burger hancur secopot.”

Beliau turut mempertikaikan hidangan bernilai RM15 ini, yang menurutnya, terlalu jauh dari konsep asli nachos Mexico.

Nachos tepi jalan ini, katanya, lebih kepada “campur semua jenis sos hingga hilang rasa asal”.

Debat tentang harga turut menjadi perbincangan di media sosial.

Bagi sesetengah pengguna, RM15 mungkin berpatutan, memandangkan tortilla chips jenama premium seperti Doritos digunakan.

Tetapi ramai juga yang merasakan hidangan ini tidak setimpal dengan harganya, terutama apabila topping dan sos dikritik sebagai “asal boleh”.

Seorang pengguna media sosial berkata, “Aku suka nachos, tapi kalau topping coleslaw dengan BBQ, rasa macam nak makan burger, bukan nachos. Kalau homemade, buatlah betul-betul.”

Fenomena makanan viral seperti ini sering menjadi ruang untuk peniaga menunjukkan kreativiti.

Namun, bila trend jadi hype, kualiti sering dipersoalkan.

Dalam kes nachos ini, kritikan berlegar tentang bagaimana peniaga lebih mementingkan pemasaran daripada mengekalkan keaslian hidangan.

“Nachos asalnya adalah makanan sederhana dengan bahan seperti salsa, guacamole, dan daging. Bila ada elemen yang terlalu berlebihan, rasa asalnya hilang. Itu bukan lagi nachos, tapi sesuatu yang lain,” kata salah seorang pengguna X.

Di sebalik kecaman, ada juga yang menyokong peniaga tepi jalan.

Menurut mereka, inovasi adalah sebahagian daripada kreativiti dan hakikatnya, setiap pelanggan boleh memilih berdasarkan selera mereka.

“Bagi aku, RM15 tu ok je kalau kena dengan selera. Tak semua orang cari nachos original. Kadang-kadang orang nak cuba rasa baru,” kata seorang pengguna.