Bantuan jaringan Cristiano Ronaldo terhadap gol Bruno Fernandes pada pertemuan dengan Turkiye tempoh hari cukup mencuri tumpuan pengurus Portugal, Roberto Martinez.

Dua lagi jaringan yang terhasil pada perlawanan kedua saingan kumpulan F itu menerusi Bernardo Silva dan gol sendiri pemain pertahanan Turkiye, Samet Akaydin.

Baca Juga:

Kemenangan 3-0 itu sekali gus membawa Portugal ke pusingan kalah mati Euro 2024 walaupun aksi peringkat kumpulan masih berbaki satu perlawanan lagi.

Dalam kejohanan yang sedang berlangsung di Jerman itu, Ronaldo masih belum menunjukkan prestasi terbaiknya kerana gagal menjaringkan sebarang jaringan dalam dua aksi awal.

Namun, apabila pemenang lima kali Ballon d’Or itu mempunyai peluang untuk membuka akaun gol pada minit ke-56 dimana beliau yang sedang berhadapan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Turkiye, Altay Bayindir.

Peluang keemasan itu bagaimanapun tidak disempurnakan tetapi sebaliknya Ronaldo memutuskan untuk melorongkan bola sesedap rasa buat Bruno Fernandes yang mudah menolak masuk gol ketiga tersebut.

“Dari Cristiano Ronaldo, kami melihat sesuatu yang luar biasa,” ujar Martinez menurut sumber laporan Goal.

“Untuk melihat dia, sebagai seorang penjaring gol sejati, menghantar bola untuk ‘assist’. Ia adalah detik tulen bola sepak Portugal yang patut ditunjukkan di setiap akademi bola sepak di dunia.”

“Ia menunjukkan bahawa pasukan adalah perkara paling penting dimana ia lebih bermakna daripada menjaringkan sebarang gol.”

Sumber