Lebih 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Rohingya telah ditahan kerana cuba memasuki perairan negara pada Isnin lalu. Mereka berjaya dipintas oleh penguat kuasa APMM dan dibawa ke Jeti Teluk Ewa, Langkawi manakala kesemua PATI itu dibawa ke Kem Bina Negara, Wawasan Langkawi.

Sejak itu heboh di media sosial dengan netizen mendesak kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang pelarian Rohingya ini ke negara asal mereka. Taktik kotor dengan sengaja membocorkan bot mereka untuk masuk ke Malaysia jelas tidak boleh diterima oleh netizen.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Terbaharu, kerajaan Bangladesh dilaporkan telah menolak untuk menerima pelarian Rohingya yang ditahan. Menteri Luar Negeri Bangladesh, AK Abdul Momen berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau bertegas tidak akan membawa pulang kesemua pelarian tersebut.

“Bangladesh tidak akan menerima. Bangladesh tidak ada kewajiban atau dalam posisi untuk menerima Rohingya lagi,” kata beliau.

Momen turut menambah bahawa pendirian Bangladesh adalah tegas bahawa mereka tidak akan menerima permintaan daripada Malaysia.

“Rohingya bukan warganegara Bangladesh. Mereka adalah penduduk Myanmar selama berabad-abad,” tambahnya.

Semalam, Menteri Pertahanan Malaysia, Ismail Sabri Yaakob telah meminta Dhaka untuk membawa pulang pelarian mereka sekiranya mereka didapati melarikan diri dari kem pelarian di Bangladesh.

Momen turut meminta negara luar untuk sama-sama memikul beban berkenaan penempatan Rohingya dan tidak seharusnya memberi tekanan kepada Bangladesh.

”Negara-negara lain dipersilakan untuk membawa mereka. Daripada meminta kami memberi perlindungan kepada mereka, kami mengalu-alukan kepimpinan dan organisasi global untuk memindahkan 1.1 juta Rohingya yang dianiaya dan kini berlindung sementara di Bangladesh,” kata Momen.

Terdahulu, Myanmar pernah diarahkan oleh mahkamah antarabangsa untuk menghentikan pembunuhan etnik di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kemenangan Buat Muslim Rohingya, Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Hentikan Genosid

Konflik Kemanusiaan, Bangladesh Halang Kapal Bawa Pelarian Rohingya Daripada Berlabuh

Bot Bawa Pelarian Rohingnya Sengaja Dibocorkan Bagi Elak Diusir