Keputusan seri dicatatkan Brazil ketika bertemu Costa Rica pada aksi sulung Copa America 2024 jelas tidak disenangi legenda mereka, Ronaldo Luis Nazario de Lima.

Ronaldo yang cemerlang ketika zaman kegemilangan Brazil merasakan aksi yang ditampilkan skuad kendalian Dorival Junior itu cukup membosankan.

Baca Juga:

Meskipun menguasai sebahagian besar permainan, Brazil dilihat sedikit bergelut untuk mencipta peluang terbaik bagi merobek gawang Costa Rica.

Daripada 19 percubaan dihasilkan, hanya empat sahaja peluang tepat menuju ke pintu gol Costa Rica yang dikawal penjaga gol, Patrick Sequ

Keadaan itu membuatkan Ronaldo mengakui terdapat sukan lain yang lebih menarik minatnya untuk ditonton dengan penuh bersemangat.

“Saya rasa pada ketika ini saya lebih suka menonton perlawanan tenis berbanding bola sepak,” ujar Ronaldo menurut sumber laporan Sportbible.

“Saya merasakan ia terlalu bosan. Saya boleh menonton tenis selama lima jam (berbanding bola sepak).”

Sepanjang menyarung jersi skuad kebangsaan Brazil sejak 1994 hingga 2011, Ronaldo pernah merasai nikmat selaku pemenang Copa America 1997 dan 1999.

Tahun 1995 pula menyaksikan Ronaldo meraih tempat kedua selepas skuad samba itu tewas kepada Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti 3-5.

Kempen 2024 pula menyaksikan Brazil yang kini berada di ranking keempat dunia bersaing dalam satu kumpulan bersama Costa Rica, Paraguay dan Colombia.

Selepas tamat aksi pembukaan tempoh hari, Colombia berada di tangga teratas selepas menundukkan Paraguay 2-1.

 

 

 

Sumber