Legenda kelahiran Ireland, Roy Keane seperti diketahui merupakan sebagai salah seorang pemain yang cukup digeruni ketika zaman kegemilangannya menyarung jersi keramat Manchester United.

Kapten yang beraksi hampir 13 tahun bersama The Red Devils itu mempunyai corak permainan yang cukup agresif dan mempunyai sikap kepimpinan tinggi dalam mengendali anak-anak buahnya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau yang beraksi di jentera tengah telah mengecapi pelbagai kejayaan manis seperti tujuh kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), empat Piala FA, satu trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan satu Piala Antara Benua.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan beliau merupakan salah seorang kapten ulung dalam sejarah Manchester United sejak menyertai kelab tersebut pada musim 1993/94.

Sepanjang kariernya, Keane telah berhadapan dengan ramai pemain berkelas dunia yang menyukarkan tugasannya di tengah seperti Patrick Vieira, Steven Gerrard, Frank Lampard dan Zinedine Zidane.

Dengan nama-nama yang disebutkan, Keane mendedahkan bahawa ada pemain lain membuatkannya gembira tidak bertemu dengan individu tersebut.

Pemain yang dimaksudkan oleh Roy Keane itu ialah legenda Manchester City, David Silva dimana beliau telah memenangi empat kejuaraan liga bersama The Cityzens.

“Saya selalu memikirkan tentang pemain-pemain dalam 10 atau 20 tahun terakhir yang telah bermain di Liga Perdana Inggeris.”

“Ada pemain-pemain terbaik seperti Alan Shearer, Thierry Henry, Steven Gerrard, Ryan Giggs. Dia (merujuk kepada Silva) setaraf dengan semua nama tersebut. Sangat hebat.”

“Saya melihat pemain-pemain yang telah bermain dalam 10 tahun terakhir dan selalu memikirkan tentang pemain yang saya sangat ingin hadapi apabila saya sudah bersara.”

“Tetapi dia adalah salah seorang pemain yang mana saya bersyukur tidak pernah berhadapan dengannya kerana saya tahu dia pasti akan mengatasi saya.”

“Dia memang seorang pemain yang cukup genius,” ujar Roy Keane menurut sumber laporan Sport Bible.

 

Sumber