Jatuh cinta dengan vintage flooring di ruang tamu telah menjadi penyebab buat Cheryl Chan dan Jason Low membeli rumah teres setingkat berusia 40 tahun ini meskipun ia kelihatan uzur pada tahun lalu.
Terletak di Taman Kampar, rumah ini memiliki kelebihan yang tidak dimiliki oleh rumah baru di sekitarnya iaitu lebar rumah 23 kaki, siling seluruh rumah setinggi 10 kaki, dan siling setinggi 14 kaki yang mempunyai tingkap di ruang makan membantu pengaliran udara dan pencahayaan yang lebih baik.
Dengan kos lebih kurang RM50,000 rumah ini ditransformasi dalam masa 2 bulan. Selepas baikpulih dan pengubahsuaian rumah ini mempunyai 3 bilik tidur, 1 bilik air, 1 ruang tamu, 1 ruang makan dan 1 ruang dapur.
Oleh kerana rekabentuk dan struktur asal rumah menyelesakan penghuni, hanya bilik air sahaja diubahsuai agar ia menjadi lebih luas dimana 2 tandas kecil digabung menjadi 1 bilik air yang besar. Jadi, keluasan rumah sebelum dan selepas renovation sama sahaja kerana tidak ada extension.
Keluasan car porch (tanah) dengan rumah: 23 kaki x 70 kaki (1,610 kaki persegi)
Keluasan car porch (tanah): 23 kaki x 40 kaki (920 kaki persegi)
Keluasan rumah: 23 kaki x 30 kaki (690 kaki persegi)
Rumah ini tampil dengan konsep terbuka di mana anda boleh nampak dapur dari pintu utama kerana tingkap di antara ruang tamu dan ruang makan telah ditiadakan. Keadaan ini juga membantu pengaliran udara di dalam rumah menjadi lebih baik.
Struktur dinding tinggi dan dicat dengan warna putih turut memberi kesan ruang dalaman kelihatan lebih luas. Tambah menarik sebatang pokok diletakkan di ruang makan untuk menutup batang paip yang besar pada dinding.
Konsep hiasan dalaman pula bercirikan Mid Century dan Scandinavian di mana ia kelihatan bergaya dengan aura vintage. Turut dilekatkan papan hitam besar pada dinding ruang tamu. Ia seolah-olah seperti di kafe hipster.
Tentang pemilihan perabot pula, kebanyakannya dibeli di Ikea kecuali perabot di ruang tamu dan set meja makan. Sebab itu rumah ini juga kelihatan seperti ruang contoh Ikea. Walaupun bilangan perabot terhad, ia tetap elegan dan cantik.
Ada sedikit pesanan buat pembaca Vocket oleh pemilik rumah ini:
“Kalau nak renovate rumah lama, kena ambil kira kos kerja restoration seperti rewiring, plumbing dan cat semula seluruh rumah. Kena check juga bumbung sama ada bocor masa hujan. Pastikan kamu suka sekurang-kurangnya 80% layout rumah sebelum beli. Kos ubah structure tu tinggi dan terpulang kepada rumah, kadang-kadang setengah structure tu tak boleh ubah.”
Sebelum Dan Selepas
Anda boleh merasai sendiri suasana rumah usia 40 tahun ini di Ipoh kerana ia telah dijadikan homestay Pause Ipoh – daily rental.