Seorang guru agama membuat netizen geli hati apabila terbawa komik ketika beliau mahu mengajar di sebuah masjid.

Menerusi hantaran Facebook Bin Aznan Al-Zaqaziqi, beliau mempunyai kuliah di masjid kawasan Gopeng, Perak.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum bertolak, rumahnya menghadapi masalah gangguan elektrik. Jadi beliau pun mengambil sahaja kitab yang ada di atas meja belajar.

Oleh kerana ketebalan komik itu lebih kurang kitab, ditambah pula kegelapan pada waktu itu, sesiapa saja tidak menjangka akan tertukar kedua-dua buku tersebut.

“Saya sambar kitab di meja kitab study saya, bila sampai di masjid rupanya komik (Lawak Kampus) anak saya.

“Bukan kitab Fiqhul Manhaji yang saya nak ajar di masjid.

“Kalau komer (anda) jadi saya, apa perlu komer (anda) buat?” ujar guru agama itu.

Hantaran Facebook itu mendapat ratusan komen daripada netizen yang berasa lucu dengan situasi tersebut.

Rumah Tiada Elektrik, Guru Agama Ini Terbawa Komik 'Lawak Kampus' Pergi Kuliah Masjid
Sumber Gambar: Facebook Bin Aznan Al-Zaqaziqi
Rumah Tiada Elektrik, Guru Agama Ini Terbawa Komik 'Lawak Kampus' Pergi Kuliah Masjid
Sumber Gambar: Facebook Bin Aznan Al-Zaqaziqi

Dalam pada itu ada netizen mencadangkan guru agama itu untuk meninggalkan sahaja kitab di dalam kereta untuk mengelakkan perkara sama berulang.

Namun jelas guru itu, beliau perlu buat ulang kaji semula sebelum mengajar kuliah. Oleh sebab itu kitab tersebut sentiasa berubah-ubah tempatnya.