1 April yang lalu, Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 berjumlah RM272.5 juta bagi menangani impak COVID-19.
Pakej Ransangan ini adalah kesinambungan daripada Selangor Prihatin 1.0 yang diumumkan Kerajaan Negeri Mac yang lalu. Jika Selangor Prihatin 1.0 memperuntukkan bantuan berjumlah RM127.8 juta, Selangor Prihatin 2.0 pula memperuntukkan bantuan sekali ganda kepada RM272.5 juta, menjadikan nilai keseluruhan Pakej Rangsangan Ekonomi ini kepada RM400 juta.
Ini bermakna Kerajaan Negeri bakal membelanjakan sejumlah RM400 juta bagi meringankan beban penduduk Selangor yang terkesan dengan wabak COVID-19.
Untuk pengetahuan semua, pakej ini dirangka berdasarkan dua cabaran utama yang dihadapi kesan daripada pandemik ini. Pertama, bagaimana menggempur wabak ini daripada terus merebak dan kedua, untuk menangani cabaran ekonomi yang dihadapi semasa dan juga pasca pandemik.
Walaupun Kerajaan Pusat telah mengumumkan bantuan tersendiri menerusi Bantuan Sara Hidup, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membantu lagi usaha Kerajaan Pusat bagi menghapuskan rantaian COVID-19 di seluruh Selangor.
Antara langkah drastik yang diambil Kerajaan Negeri adalah memotong 50 peratus daripada gaji Menteri Besar dan EXCO serta 30 peratus gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu selama dua bulan.
Selangor telah menubuhkan Tabung Khas Covid-19 bagi menyelaras sumbangan utk usaha menghentikan penularan Covid-19. Tabung ini dimulakan dgn sumbangan dari potongan 50% gaji Menteri Besar dan EXCO serta 30% gaji ADN. Jumlah terkumpul ketika ini RM 8.07 juta #SelangorGempurCovid19 pic.twitter.com/26R3TiXIWn
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) April 6, 2020
Amirudin berkata gaji yang dipotong akan disalurkan ke Tabung Khas Bantuan COVID-19 Selangor yang akan ditubuhkan. Selain menteri besar, barisan EXCO serta ADUN, gaji kakitangan kerajaan Jusa C serta pegawai tertinggi dalam syarikat milik kerajaan negeri (GLC) turut dipotong sebanyak 30 peratus.
Dengan langkah pemotongan gaji tersebut, jumlah dana yang dapat disalurkan ke tabung berkenaan adalah berjumlah RM8.07 juta.
Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 kali ini juga dilihat lebih menyeluruh dan menyentuh setiap kelompok masyarakat dalam negeri Selangor. Kami pecahkan pakej ini kepada kelompok petugas barisan hadapan, ekonomi (perniagaan) dan kebajikan rakyat.
1. Petugas Barisan Hadapan
Menghargai jasa dan pengorbanan para petugas perubatan serta โfrontlinersโ, Kerajaan Negeri mengumumkan RM 1.34 juta utk bekalan makanan serta RM 1.5 juta Insentif Penjagaan Anak Frontliners. RM 600 setiap keluarga akan diberikan kepada 2500 keluarga. #SelangorGempurCovid19 pic.twitter.com/B9x9bAVSwn
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) April 4, 2020
Pegawai perubatan akan menerima dana RM1.344 juta bagi penyediaan makanan percuma untuk yang berkhidmat memerangi COVID-19. Insentif penjagaan anak sebanyak RM1.5 juta buat para petugas yang terlibat. Pegawai Media juga tidak dilupakan; RM100,000 dalam penyediaan makanan percuma buat pegawai media yang membuat liputan sepanjang COVID-19.
Tidak dilupakan peruntukan RM50,000 disediakan buat Task Force COVID-19 Selangor bagi merangka tindakan memerangi wabak ini.
2. Kebajikan Rakyat
#ImbasKembali | Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0
๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐ญ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ซ๐๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ
Operasi penempatan PUI bagi kluster tabliqh & ketibaan rkyt Selangor dari luar negara yg wajib dikuarant selama 14 hari. Peruntukkan RM3 juta disediakan. pic.twitter.com/q9yKQ3FuZf— Media Selangor (@Media_Selangor) April 6, 2020
Selangor bakal menjalankan mass testing COVID-19 melibatkan 5,000 orang yang berada di kawasan red zone, dengan peruntukan sebanyak RM1.35 juta.
Selangor menjadi negeri pertama yang akan memberikan mangsa COVID-19 bantuan kewangan sebanyak RM1,000. Sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk pemberian topeng muka, sanitizer dan sarung tangan kepada rakyat Selangor secara percuma.
Menyerahkan Bantuan Bekalan Makanan, Penutup Muka Dan Cecair Pencuci Tangan di Pusat Komuniti Jawatankuasa Penduduk Zon 6, Batu Caves.
Turut meninjau keadaan semasa di Bilik Gerakan Zon 6. #BiruMudaSungaiTua #SelangorGempurCovid19 pic.twitter.com/gZ28OnyPnk
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) April 4, 2020
RM1 juta turut diperuntukan untuk dibelanjakan bagi perkhidmatan kaunseling oleh pakar bagi masyarakat yang terkesan sepanjang PKP ini.
Kepada ibu bapa dan anak-anak pelajar Darjah 1 hingga Tingkatan 5 yang bersekolah di Selangor, manfaatkan portal e-learning terbaru secara PERCUMA sehingga 31 Mei 2020. Layari https://t.co/ZfIrjVk59P dan bagi merasai pengalaman pembelajaran yang unik. #SelangorGempurCovid19 pic.twitter.com/NJsKSZMWnw
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) April 5, 2020
Tidak mahu pembelajaran anak-anak terkesan sepanjang PKP, Pemerbadanan Menteri besar Selangor turut akan menyiapkan program Tuisyen Online (Home Tutor) untuk dua bulan bermula 1 April 2020 dengan kos RM700,000. Program ini akan dimanfaatkan oleh 250,000 pelajar darjah satu sehingga tingkatan 5.
3. Bantuan Ekonomi
Selangor tak rehat langsung bagi bantuan dekat rakyat, anak anak selangor bersyukur lah anda duduk di negeri kaya raya yang mana pemimpin tak kedekut nak agihkan hasil negeri kepada rakyat yang banyak menyumbang pada ekonomi negeri selama ni. Bersyukurlah https://t.co/8ApQr1JPa3
— HermyR (@HermyRahim) April 1, 2020
Golongan peniaga pastinya boleh menghela nafas lega selepas mendengar pengumuman Selangor Prihatin 2.0. Pengecualian denda lewat untuk pembayaran cukai taksiran di PBT bagi penggal pertama 2020 akan dinikmati oleh 691,945 pemilik yang layak menerima pengecualian. Cukai lain turut diberi kelonggaran untuk pembayaran termasuklah cukai tanah/petak.
Sebanyak RM1.65 juta diperutukkan untuk penyaluran peruntukan kali kedua sebanyak RM30,000 secara terus ke akaun Pusat Khidmat ADN. Begitu juga penggunakan peruntukan tahunan berjumlah RM5,00-RM10,000 mengikut PBT untuk kegunaan ketika COVID-19.
Agropreneur (pendapatan bersih RM1,500 ke bawah) serta Petani, Penternak, nelayan dan industri asas tani tidak terkecuali daripada menerima bantuan dari segi makanan kering, makanan kepada ternakan, bahan mentah dan wang tunai (jika layak).
SELANGOR PRIHATIN | INISIATIF MEMBANGUN DIGITALISASI PLATFORM E-LEARNING, SELANGOR ADVANCE, SELANGOR GRAB, – RM100.7JUTA
.
1. RM700RIBU – INISIATIF MEMBANGUN DIGITALISASI PLATFORMS E-LEARNING , SELANGOR ADVANCED
.
2. INISIATIF DIGITALISASI SELANGOR GRAB, SELANGOR E-BAZAAR, pic.twitter.com/MYkXj8PuPQ— MC ALIB (#DoktorEmceeAnda) (@OfficialMC_ALIB) April 1, 2020
Selangor Grab pula merupakan inisiatif Digital kerajaan Selangor untuk membantu golongan peniaga untuk membuat jualan secara dalam talian. Semestinya ketika PKP ini banyak gerai makanan yang tidak dibenarkan untuk berniaga, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan E-Pasar, Bazaar Digital serta Medan Selera Digital untuk kemudahan penjual dan pembeli ketika proses PKP ini berlangsung.
Pembiayaan RM100 juta bagi meningkatkan kecairan tunai bagi penyedia perkhidmatan/kontraktor yang memberi perkhidmatan kepada kerajaan negeri, PBT dan anak syarikat dilihat dapat memudahkan SME terlibat yang terkesan dengan COVID-18.
Ini adalah usaha terbaik Kerajaan Negeri dalam memberi bantuan kepada semua di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Sumbangan Menteri Besar, EXCO dan individu berjawatan di Selangor dalam Tabung COVID-19 menerusi potongan gaji sebanyak dua bulan merupakan satu langkah yang murni dan semestinya akan menjadi tauladan kepada rakyat Selangor lain yang berkemampuan untuk sama-sama menderma.
Untuk maklumat lanjut dan lebih mendalam berkenaan Selangor Prihatin 2.0, anda boleh membacanya lagi di laman rasmi Amirudin Shari di sini. Sama-sama kita perangi COVID-19 dan berdoa agak keadaan akan kembali seperti sedia kala tidak lama lagi.
Untuk mengetahui inisiatif Selangor Prihatin 1.0 sebelum ini, anda boleh bacanya pada pautan di bawah.
9 Inisiatif Selangor Prihatin Berjumlah RM127.78 Juta Yang Bakal Manfaatkan Rakyat
80,000 Penjaja Dan Peniaga Di Selangor Bakal Terima Bantuan RM500
Penganjuran Bazar Ramadan Di Selangor Sah Dibatalkan Kerana COVID-19